Jumaat, 18 September 2009

ALHAMDULILLAH, VFA AKHIRNYA DILULUSKAN PENDAFTARAN

Kelmarin (17 Sept 2009) saya menerima miskol dari sahabat Md Isa Hj Marsidi (yg byk membantu menguruskan pendaftaran VFA dgn pihak berwajib), spt biasa saya terus telefon beliau kembali. "Tahniah!" tiba2 terpacul perkataan itu dari mulutnya. Saya lantas bertanya, "Tahniah pasal apa?". "VFA sudah diluluskan," jawabnya ringkas dan lantas saya mengucapkan Alhamdulillah serta menarik nafas dalam2, di hati kecil saya berkata, "Inilah berkat bulan Ramadhan serta kesabaran kita selama ini".

Oleh kerana alamat surat-menyurat VFA ditujukan kpd alamat rumah Presiden Penaja Pg Anak Hj Damit Baharuddin maka kami terpaksa menunggu 'signal' dari beliau utk melaksanakan apa2 langkah seterusnya. Apapun satu lagi sejarah tercipta dlm perkembangan bola sepak di Brunei DS walaupun VFA hanya sebuah persatuan bola sepak utk individu2 veteran (Persatuan Bolasepak Veteran/VFA).

Bagaimana pun perlu saya catatkan atau rekodkan di sini, sebelum diluluskan VFA terpaksa mengambil masa selama 9 bulan (dari awal Januari hingga September 2009) setelah berlaku beberapa kali proses pembetulan dlm kandungan perlembagaan spt mana yg dikehendaki oleh pihak berwajib. Apapun ribuan terima kasih kpd setiap individu yg terlibat dlm proses ini terutama kpd rakan2 AJK Penaja, Md Isa Hj Marsidi (tanpa bantuan & pengorbanan beliau mustahil ianya menjadi kenyataan. Spt yg saya pernah ungkapkan kpdnya, "kau terlibat dlm pembikinan satu sejarah"), tidak lupa pihak berwajib serta mantan Setiausaha Agong BAFA, Pg Hj Metussin Pg Hj Metassan (kerana beliaulah pencetus idea & pendorong awal penubuhan VFA), FFBD (badan induk yg diiktiraf pihak berwajib) serta rakan2 pemain veteran. Hanya Allah swt sahaja dpt membalas jasa kalian.

Insya-Allah selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini kami (AJK Penaja) VFA akan mengusahakan langkah2 seterusnya spt majlis penerangan kpd bakal2 ahli, publisiti di media massa dan mengadakan mesyuarat agong penubuhan sebelum AJK Penggal 2009/2012 melaksanakan aktiviti2 mereka. Selamat berjuang!

Prof: Akan cuba sedaya upaya terus berpegang kpd professionalisma dlm tugasan & pegangan utk sesuatu perkara. Yang pahit itu adalah ubat paling mujarab & yang manis itu selalunya penyakit paling berbahaya. Wallah hu aklam.

Tiada ulasan: