Sabtu, 12 September 2009

KESIAN MARADONA

Diego Maradona, kecewa pasukannya kalah kpd Brazil & Paraguay.

DIEGO ARMANDO MARADONA aka Maradona adalah lagenda bola sepak dunia setaraf Pele. Namun spt biasa Maradona mahu lebih drp seorg lagenda, beliau spt selalu sering mendabik dada sebagai lebih hebat drp Pele, maka Maradona lantas setuju utk menjadi pengurus/jurulatih negaranya Argentina dlm kempen pusingan kelayakan Piala Dunia 2010.

Walaupun saya yakin Argentina akan tetap layak (secara otomatik atau play-off) ke Piala Dunia 2010 namun situasi semasa yg dihadapi oleh Maradona sangat menyedihkan malah saya bersimpati terhadap beliau. Bagi saya, seorg lagenda mesti kekal dlm sejarah sebagai seorg lagenda, tanpa ada ruang2 utk dicacatkan atau dipalit dgn sejarah hitam. Umpama Pele, beliau tetap dikenang sebagai 'Raja Bola' & itu akan kekal buat selama2nya. Pele tidak melibatkan diri dlm perastuan bola sepak di Brazil atau peringkat antarabangsa serta tidak menceburkan diri sebagai pengurus/jurulatih kelab2 ternama malah tidak negaranya Brazil.

Namun spt yg saya kata tadi, Maradona sering mempunyai nafsu yg lebih dari org lain. Beliau mahu kelihatan lebih hebat dari Pele atau Franz Beckenbauer. Jika boleh beliau mahu menerajui Argentina mara ke Afrika Selatan tahun depan & seterusnya memenangi selaku pengurus setelah menjadi kapten pd 1986 di Mexico. Itulah cita2 sebenar Maradona & mungkin juga peminat setianya.

Tetapi hakikatnya bak kata pepatah, 'bola itu bulat' dan mempunyai seribu satu kemungkinan. Argentina dgn dibarisi ramai pemain2 berbakat termasuk Lionel Messi, Gabriel Henze, Juan Requalme, Mascherano dll kalah kpd Brazil 1-3 di laman sendiri & 0-1 kpd Paraguay minggu lalu seterusnya menjerumus Argentina ke tangga ke 5 Kumpulan Negara Amerika Selatan. Kini tinggal 2 lagi tempat otomatik utk layak setelah Brazil & Paraguay layak lebih awal. Mampukah Argentina? Bagi saya Argentina pasti layak ke final Piala Dunia 2010. Cuma Maradona mesti belajar kembali kpd asas bola sepak. Cari formula berkesan & belajar dari kesilapan dan dua kekalahan lalu adalah pelajaran paling berguna baginya.

Sebagai individu yg melihat & ditugaskan utk membuat laporan khas Majalah Arena Bolasepak Piala Dunia 1986 serta menyaksikan keajaiban Maradona saat itu, saya amat berharap beliau mampu menyinar sebagai pengurus juga sama spt Franz Beckbenbauer membawa Jerman juara 1974 sebagai kapten & 1990 sebagai pengurus. Maradona mesti buktikan beliau memang lagenda mutlak.

Prof: Terima kasih kod editor saya waktu itu (1986) Rodly Fadly (Nayan) yg memberi kesempatan kpd saya utk membuat laporan khas Piala Dunia 1986. Kenangan abadi.

Tiada ulasan: