Jumaat, 27 Mac 2009

TAMPINES, GOMBAK & SAF CABARAN SEBENAR DPMM FC


Apa pun keputusannya Brunei DPMM FC kini antara pasukan terkuat dlm S League namun bagi saya kekuatan sebenar skuad negara itu akan diketahui sedikit hari lagi apabila bertemu Tampines Rovers (3April09) dan dua lagi pasukan gagah S League SAF (johan tahun lalu) dan Gombak United. Saya akan membuat ulasan terpeinci setelah tamat pusingan petama nanti.


Buat masa ini saya tidak mahu komen byk2 mengenai prestasi Brunei DPMM FC, hanya memerhati dari jauh & melalui media massa (masih belum berkesempatan menonton di Stadium Negara Hassanal Bolkiah atau turut berkunjung ke S'pura). Saya turut akan membuat perbandingan mengenai mutu S League berbanding M League melalui tinjuan dgn pelbagai pihak yg terlibat.


Syabas buat Pg Hj Mohd Waslimis @ Lobo & kakitangan teknikalnya kerana membawa Brunei DPMM FC sejauh ini dlm S League. Cabaran seterusnya akan lebih sengit saya jangkan kerana pasukan2 lain dlm S League pasti menconggak dgn serius corak permainan yg telah ditunjukkan oleh pendatang baru (DPMM FC) itu.


Saya juga berharap kesemua pemain Brunei DPMM FC mampu mengekalkan kecergasan mental & fizikal dlm liga yg agak panjang ini. Perjalanan ulang-alik Brunei-S'pura kadangkala menjemukan dgn jumlah penonton y sedikit, ianya berlainan sekali dgn M League. Yang pasti pasukan2 lain dlm S league menikmati suasana bermain dgn penonton yg agak ramai & stadium yg besar (Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas).


Prof: S League memang antara liga terbaik di rantau ini dari segi pengurusannya tetapi mutu permainannya masih menjadi tanda tanya. Saya akan mengupas hal ini kemudian.

Tiada ulasan: