Jumaat, 27 Mac 2009

VETERAN GAGAL PERTAHAN KEJUARAAN DI PP

Brunei Veteran mengabadi kenangan sebelum memulakan perlawanan.
Bersalaman bersama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.



Pengurus2 Pasukan bergambar ramai bersama TYT Yang Dipertua Negeri & YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kami sempat beramah mesra dgn TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato' Seri Utama (Dr) Hj Abdul Rahman Hj Abbas.



Dalam perjalanan pulang sarapan pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.


Sebahagian pemain Brunei Veteran.



Terlebih dahulu saya memohon berbyk2 maaf kerana lama tak update blog ini. Kebetulan kembalinya saya dri PP terus demam panas, tonsil & batuk2 - byk mkn kari agaknya, hahaha. Dan ada urusan keluarga yg perlu saya selesaikan. Harap2 semua kwn2 & penjenguk blog ini faham masalah saya sekarang saya kembali.


Pertama saya nak cerita psal Brunei Veteran di Pulau Pinang. Malang sekali kami gagal masuk ke separuh akhir akibat perbezaan jaringan dgn 1 gol shj. Dlm perlawanan pusingan pertama Brunei Vet's juara dgn 3 menang (S'gor Club 3-1, Penang Sport Club 1-0 & Blue Guards Philippines 2-0). Namun di pusingan kedua dpt 4 mata; menang 1-0 ke atas Soccer Asia, seri 1-1 dgn Taiping Chinese & kalah 0-1 kpd S'pore Malays. Tak mengapa tahun depan kami cuba lagi. (Cgu Ali & Jam - pemain Hong Kong mencari biskita, hahaha).



Apa yg menarik ialah anugerah dari kegagalan. Kami mempelajari sesuatu utk jdi bekal dlm kejohanan2 seterusnya. Tidak spt tahun lalu kategori masters lebih banyak penyertaan dari kategori Open. Tahun lalu ada 16 kini sudah menjangkau 20 pasukan dari segenap Asia. Tahun demi tahun makin mencabar, bukan lagi kejohanan utk bersosial akan tetapi jadi 'serius competition'.



Ramai wajah2 bintang yg kami temui di sana termasuklah teman lama saya Dato' Dahlan Zainuddin (yg juga seorg penyanyi), V. Sundramurthy, Norazam Ishak, Scot Orrelenshaw, Brian Bothwell, Isa Bakar, K. Nadarajan dll. Skil masing2 msih ada tapi 'nyawa' mkin nipis. Hahahaha. Bersama ini disiarkan antara gmbar2 kami sewaktu di sana.
Pemain2 Brunei Veteran 2009 ialah: Liew Chuan Fue, Sheikh Nordin Sheikh Mohammad, Lim Sun Hui, Ampuan Abd Rahim Ampuan Sabli, Metussin Sumpong, Ukoi Anam, Mohd Hakimi Abdullah Gampar, Kula Mohammad, Awang Sidek Eya, Kasmi Hj. Abd Hamid & Abaraham Hj Zainin.

Prof: Maaf Cikgu Ali....kita n c Jam nada kali wa..yatah kalah. Heheheh. Kami sdg berusaha utk menganjurkan kejohanan serupa dlm waktu terdekat. Insya-Allah.

Tiada ulasan: