Jumaat, 6 Mac 2009

TAHNIAH DPMM FC & DOAKAN BRUNEI VETERAN BERJAYA DI PENANG

Assalamualaikum...terlebih dahulu sya mohon maaf kerana agak lama tak update blog ini disebabkan oleh kesibukan keluarga. Kini saya dlm perjalanan ke Penang, Malaysia bersama Brunei Veteran yg akan menyertai 10th PSC International Soccer Tournament (7-8 Mac 2009).

Terlebih dahulu sekalung tahniah kpd Brunei DPMM FC yg berjaya menewaskan Super Red dlm perlawanan sulong Liga S di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Satu permulaan baik bagi Vjeran Simunic & anak2 buahnya. Sya benar2 kagum dgn prestasi baik pemain baru (bukan muda) Abu Bakar Mahari yg telah menjaringkan gol pernyamaan (ketika seri dgn Young Lions) dan gol kemenangan menewaskan Super Red lalu. Satu perkembangan sihat apabila Shahrazen gagal menemui sentuhan.

Perlu diingat bahawa Shahrazen bukan tidak menyerlah tetapi spt ada 'mental block' dlm dirinya. Tugas berat kpd kakitangan kejurulatihan DPMM FC terutama teman saya Norilham Hj Jais (Penolong Jurulatih) utk mengembalikan keyakinan 'Jan'. Saya percaya beliau masih bleh mengegar & menewaskan pemain lwn yg mengawalnya.

Dan saya percaya kini pasukan2 lain dlm Liga S sudah menconggak cabaran yg bakal diberikan oleh Brunei DPMM FC. Saya juga percaya prestasi Brunei DPMM FC masih di tahap awal. Grafnya masih di peringkat permulaan. Sehingga penghujung musim saya yakin Brunei DPMM FC mampu mencapai sesuatu keputusan baik.

Berbalik mengenai Brunei Veteran; kami akan bermain esok (7-8mac 2009). Doakan kami mampu mempertahankan kejuaraan musim lalu. Insya-Allah saya akan post gmbr2 kami di Penang nanti. Wassalam.

Prof: Kelam-kabut....byk kerja dilakukan last minute. Alhamdulillah berkat doa isteri & anak segalanya berjalan lancar. Terima kasih dunia akhirat.

Tiada ulasan: