Jumaat, 4 Februari 2011

WINDOW TRANSFER YANG GILA?

Fernando Torres (50 juta), Andy Carrol (35 Juta), Edin Dzeko (27 juta), Luiz Suarez (22.5 juta) dan David Luiz (21.3 juta) paund - kesemuanya berjumlah 155 juta paund. Jika dicampur dengan nilai perpindahan pemain-pemain lain kesemua berjumlah melebihi 230 juta paund. Ianya berlaku dalam masa 2 hari terakhir tempoh 'window transfer' Januari 2011 lalu. Memang gila!

Beberapa persoalan ditimbulkan oleh pelbagai pihak, dari pemilik kelab, pegawai badan induk bolasepak, pemerhati dan peminat. Antaranya ialah; adakah berpatutan dengan nilai tersebut? Adakah ianya akan menjadi budaya baru bolasepak? Apakah kesan kepada kelab-kelab kecil? Perlukan dikuatkuasakan 'ceiling budget' sepertimana yang disuarakan oleh UEFA?

Itu hanya melibatkan Liverpool, Chelsea dan Manchester City. Bagaimana kalau kelab-kelab kaya yang lain seperti Real Madrid, Barcelona, Manchester Utd, Arsenal, AC Milan, Inter Milan, Juventus dan Bayern Munich ikut serta dalam 'kegilaan' ini? Jumlah perpindahan akan mencecah 500 juta paund!

Saya tinggalkan persoalan-persoalan di atas untuk dijawab oleh anda. Sambil saya sendiri mencari jawapan-jawapan yang konkrit untuk dipaparkan dalam blog ini dalam posting-posting akan datang. Insya-Allah.

Prof: Syabas Chelsea akhirnya dapat memancing Torres. Tahniah Liverpool kerana berjaya membuat 'urusniaga' yang menguntungkan.

Tiada ulasan: