Isnin, 21 Februari 2011

JAN, SELAMAT BERJUANG & SYABAS

Penyerang sensasi Brunei DS, Mohd Shahrazen Said telah mengabil langkah besar lagi bermakna serta menempa sejarah bagi bolasepak di Brunei DS apabila melengkapkan cita-cita beliau untuk bermain di liga luar negara secara professional apabila menerima tawaran untuk menyertai kelab divisyen 2 Liga India (I League), Sporting Clube de Goa (Kelab Sukan Goa).

Walaupun hanya ditawarkan bermain untuk maki musim selama 3 bulan dengan pilihan menyambung kontrak untuk musim berikutnya jika kelab tersebut berjaya naik ke divisyen 1 atau sekurang-kurangnya beliau berjaya menambat hati pengurusan kelab, langkah beliau itu mencipta sejarah bagi bolasepak Brunei DS sebagai pemain pertama dari negar ini yang bermain sepenuh masa di liga luar negara.

Gaji bukan persoalan. Apa yang penting Shahrazen diterima menjadi pemain kelab luar negara. Prestasi beliau memang hebat sewaktu bersama DPMM FC hingga menjadi penjaring terbanyak Liga M musim 2006 dengan 23 gol. Selepas itu ada beberapa pasukan Liga M mula merisik-risik untuk mendapatkan khidmat bekas pemin bawah 15 & 18 tahun Sekolah-Sekolah Asia Brunei DS itu, namun semuanya tidak berhasil atas beberapa sebab. Saya sendiri pernah dihubungi oleh wakil pasukan-pasukan yang berminat.

Kini impian pemain yang mesra dipanggil 'Jan' oleh teman-teman rapatnya itu sedang berjuang di rantau orang. Apa yang perlu beliau lakukan ialah menjadi pemain professional sejati. Tumpukan sepenuh masa kepada bolasepak; menjalani latihan, menjalin persefahaman dengan rakan sepasukan dan pengurusan serta memberi persembahan 100% dalam setiap perlawanan. Kerana dalam kancah professional perkara-perkara tersebut menjadi ukuran apabila menilai prestasi seseorang pemain.

Kita berharap juga Jan mampu menghadapi semua itu. Apatah lagi pengorbanan berjauhan dengan keluarga mungkin menjadi faktor penghalang jika beliau gagal mengatasinya. Tetapi pengorbann keluarga sendiri yang sanggup berjauhan juga harus diambil kira. Teruskan perjuangan Jan, tiada yang mustahil dalam dunia ini.

Prof: Pernah mencadangkan agar Azraai Khor Abdullah untuk mengambil Rosmin 'Bobby' Hj Mohd Khamis untuk Kedah. Malannya tidak kesampaian kerana beberapa sebab. Tak mengapa geng, lain kali lagi saya usahakan.

Tiada ulasan: