Ahad, 27 Februari 2011

JAN, 'HANGAT-HANGAT TAHI AYAM'

Belumpun sempat kita menerima berita jaringan-jaringan gol oleh Shahrazen Hj Mohd Said untuk kelab barunya Sporting Club de Goa dalam divisyen dua Liga Seluruh India (All India League/AIL), saya sudah menerima khabar bahawa Shahrazen sudah kembali ke Brunei. Apakah ini?

Inilah dia 'bayangan' pemain bolasepak Brunei. Apapun alasan yang diberikan oleh Shahrazen secara prinsipnya sebagai seorang pemain bolasepak professional adalah 'kurang sopan' untuk pulang atau mungkir janji secara demikian. Ibarat seorang askar yang lari dari medan pertempuran.

Mungkin kita dihidangkan dengan aksi-aksi hebat Shahrazen sewaktu beraksi untuk kelabnya DPMM FC tetapi beliau bagi saya telah gagal dalam segi mental. Jelas sekali tiada kekuatan dalaman dalam diri beliau. Jadinya kepada persatuan-persatuan sukan kebangsaan di Brunei diharap dapat menumpukan aspek ini iaitu kekuatan mental ataupun aspek psikologi.

Bagi saya, alasan-alasan yang diberikan oleh Shahrazen melalui akhbar tidak dapat diterima langsung. Alasan tersebut merupakan perkara remeh dan kebudak-budakan. Jelas Shahrazen belum bersedia secara mental untuk menjadi seorang pemain bolasepak professional di mana-mana liga pun di dunia ini.

Buat pengetahuan semua, kelab tersebut telahpun dibeli oleh kelab divisyen 1 Portugal yang memakai nama yang sama sebagai salah satu sumber mereka untuk mendapatkan pemain-pemain dari Asia (scouting talent). Maka dengan itu nampaknya Shahrazen telah terlepas peluang keemasan untuk melebarkan kerjaya professionalnya di Eropah. Jika beliau berjaya beraksi dengan baik sudah pasti akan membuka mata kelab Sporting Club de Goa dalam liga Portugal itu. Malah setiap agen yang ingin mendapatkan khidmat beliau akan menilai terlebih dahulu apa yang telah berlaku ini.

Selain Shahrazen, kelab tersebut turut memiliki dua orang lagi pemain import iaitu Emmanuel Akwnegbu (Austria) dan Boubacar Keita (Guinea). Manakala stadium mereka ialah Fastorda Stadium yang mempunyai kapasiti penonton seramai 27,300 orang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelab ini sila layari lawan web rasmi mereka di sini

Prof: Inilah hakikat yang ada dalam diri ahli sukan di Brunei. Kurang kekuatan mental. Sekolah Sukan mesti menitik beratkan aspek ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya sebelum shahrazen pergi dia harus berkonsultasi dengan orang2 lama utk mengetahui bagaimana caranya mengahadapi situasi yang telah berlaku, saya setuju dgn prof mentaliti shahrazen belum mencapai tahap yang kita harap2kan sebagai pemain pro apapun alasan yg diberikan tdk akan dipandang oleh orang lain..cabaran yang dilontarkan prof itu akan saya ambil sebagai pemicu semangat utk melahirkan pemain2 yang baik dan handal dimasa akan datang