Khamis, 4 Mac 2010

SKUAD VFA BERLEPAS KE PULAU PINANG HARI INI

Presiden VFA, Awang Ali Hj Ismail sdg menyampaikan taklimat kpd pegawai & pemain2 VFA.

Sebahagiana dari pegawai & pemain yg hadir pd majlis taklimat tersebut.

Awang Liew Chuan Fue, Setiausaha Agong VFA sdg menerima t shirt tajaan Aewon Garment & Embroidery dari wakilnya.

Skuad Veteran & Masters yg mewakili Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) berlepas ke Pulau Pinang, Malaysia hari ini (4 Mac 2010) bagi meyertai 11th PSC International Soccer 7's Tournament 2010 yg akan berlangsung pd 6 & 7 Mac 2010 di Penang Sport Club, Pulau Pinang. Sebuah lagi pasukan dari Brunei DS ialah Brunei Oldstars yg kesemua pemainnya adalah pemain2 veteran dari Daerah Temburong.

Inilah penyertaan secara rasmi VFA buat pertama kali ke kejohanan2 antarabangsa sejak ditubuhkan secara rasmi pd 16 November 2009 yg lalu. Namun bagi penyertaan antarabangsa ini adalah kejohanan kali ke 5 yg melibatkan pemain2 veteran dari Brunei DS. Sebelum ini selain di Pulau Pinang, mereka telah menyertai kejohanan Borneo di Kota Kinabalu, Sabah (2008 & 2009) dan Royal Selangor Club Veteran Tournament 2009.

Kelmarin (2 Mac 2010) telah berlangsung majlis taklimat oleh Presiden VFA, Awg Ali Haji Ismail bertempat Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Dalam ucapan ringkasnya Awg. Ali mengucapkan terima kasih & tahniah kpd pemain2 yg telah dipilih mewakili VFA dan seterusnya berharap agar mereka bermain dgn bersungguh2, berdisiplin dan berdoa supaya mencapai kejayaan.

Dalam majlis itu juga Presiden VFA telah sudi menyampaikan tajaan t shirt kpd pemain2 yg mana t shirt tersebut adalah tajaan daripada Sheikh Nordin Sheikh Mohammad salah seorg ahli VFA.

Dalam majlis yg berasingan sebelum itu, Awg. Liew Chuan Fue selaku Setiausaha Agong VFA telah menerima tajaan t shirt dari syarikat swasta iaitu Aewon Garment & Embroidery bertempat di Aewon Centre, Kg Kiarong. Sebahagian AJK Tadbir VFA dan pemain2 yg akan menyertai kejohanan di Pulau Pinang itu turut hadir menyaksikan majlis tersebut.

Semoga VFA mencapai kejayaan dalam kejohanan itu nanti. Untuk rekod, pd tahun 2008 pasukan veteran Brunei DS telah menjuarai kategori Masters.

Prof: Kejayaan sesebuah pasukan terletak kpd persefahaman bermain sesama pemain & kepintaran mencatur/menyusun barisan pemain & selebihnya bergantung pd nasib. Doa saya agar nasib menyebelahi VFA.

Tiada ulasan: