Khamis, 11 Mac 2010

11TH PSC INTERNATIONAL SOCCER 7'S - VFA BAIKI PENCAPAIAN

Ketiga2 pasukan dari Brunei Darussalam - Brunei Masters, Brunei Veteran & Brunei Oldstars bergambar ramai sebelum pembukaan rasmi.

Skuad VFA telah berjaya memperbaiki pencapaian tahun lalu dalam penyertaan di 11th PSC International Soccer 7's 2010 apabila pasukan Masters berjaya mara ke separuh akhir dan hanya tewas melalui tendangan penalti 1-3 kpd Hong Kong Allstars setelah keputusan terikat 1-1 dlm permainan sepenuh masa. Tahun lalu Brunei Masters terkandas di pusingan kedua 'Main Competition'.

Sementara itu Brunei Veteran berjaya mengubat kekecewaan Brunei Masters apabila menjuarai 'Plate Competition' setelah menang tipis 1-0 dlm perlawanan akhir menewaskan Melodi Jaya (Johor) hasil jaringan Suni Mat Jerah. Menariknya ialah Brunei Veteran telah menewaskan Brunei Oldstars (Temburong) dlm perlawanan separuh akhir dgn jaringan 3-1. Inilah kali pertama dua pasukan dari Brunei DS bertemu dlm peringkat kalah mati.

Laporan lanjut boleh anda baca disini

Prof; Mutu kejohanan meningkat setiap tahun dan penyertaan tidak lagi boleh mengambil sikap sambil lewa. Persiapan hendaklah sama seperti menyediakan sebuah pasukan kebangsaan sebenar di masa2 lalu.

Tiada ulasan: