Selasa, 2 Mac 2010

KELUARGA TOBAR TERLIBAT TSUNAMI

Alejandro Tobar (belakang) bersama Rosmin Hj Mohd Khamis & Rene Komar ketika bersama Brunei DPMM FC.

Alejandro Andreas Tobar (gambar atas) bekas pemain midfield Brunei DPMM FC yg berasal dari Chile kini berada dlm situasi resah gelisah akibat tsunami & gempa bumi yg melanda negaranya baru2 ini. Dlm perbualan kami melalui 'facebook' kelmarin, Tobar memberitahu bahawa keluarganya iaitu kedua org tuanya tidak dpt dihubungi & beliau pasti bahawa tempat tinggal mereka berada dlm kawasan yg terlibat bencana tersebut.

Paling membimbangkan Tobar ialah keselamatan isteri & anak2nya. Saya sebagai teman sempat memberi kata2 semangat kpd Tobar agar tetap bersabar & berserah kpd takdir Tuhan Yang Maha Esa. Siapapun beliau, saya tetap menghulurkan simpati & mendoakan agar keluarga Tobar berada dlm keadaan selamat. Tobar kini sedang berusaha menghubungi keluarga beliau dari masa ke semasa.

Tobar kini sdg berada di Indonesia. Beliau berjanji utk memberitahu perkembangan selanjutnya mengenai kedudukan keluarga beliau itu kpd saya secepat yg mungkin.

Prof: Dlm situasi begini teringat kita kpd musibah yg melanda Acheh Darussalam beberapa tahun lalu. Sungguh menyayat hati & memberi keinsafan.

Tiada ulasan: