Isnin, 22 Mac 2010

PENGHULU HAJI ISMAIL APONG MENINGGAL DUNIA - AL FATIHAH

Penghulu Haji Ismail bin Apong telah meninggal dunia pd hari Ahad 5 Rabiul Akhir 1431 Hijrah bersamaan 21 Mac 2010 Masihi. Allahyarham adalah salah seorang penggiat bola sepak di Negara Brunei Darussalam dan pernah memegang pelbagai jawatan di dalam BAFA, jawatan tertinggi yang pernah disandang Allahyarham ialah Naib Presiden. Dunia bola sepak di negara ini sedikit sebanyak terhutang budi terhadap apa yg telah dicurahkan oleh Allahyarham. Kita mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan di tempatkan di sisi para solehin. Amin. Al-Fatihah.

Prof: Terima kasih byk Pg Hj Metussin kerana cepat memberi SMS kpd saya mengenai berita di atas, kebetulan saya berada di padang kerana VFA mengadakan perlawanan persahabatan dan terus sahaja memberigakan kpd ahli2 VFA.

2 ulasan:

ani ismadi berkata...

Hj Ismail Bin Apong dilahirkan pada 17hb Julai 1941 dan kembali ke rahmatullah pada 21hb Mac 2010...beliau selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Pulaie,Bandar Seri Begawan,Brunei...beliau adalah seorang yang baik hati terhadap cucu beliau...
tidak lupa juga ahli keluarga yang lain...semoga rohnya dicucuri rahmat,Amin Yarabbal Alamin...

Unknown berkata...

Allahu Akbar walaopon berapa tahun suda beliau sudah tiada, saya cucunya sndiri sangat merinduinya