Khamis, 18 Jun 2009

PIALA LIGA - SEBAB KENAPA DPMM FC MESTI JUARA

Diharap Shahrazen mampu mengegar gawang SAF FC.

1. Hadiah paling berharga dpt disembahkan kehadapan majlis DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izaddin Waddaulah selaku Presiden DPMM FC.
2. Sejak menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1999 lalu, lebih kurang 10 tahun, peminat2 fanatik bola sepak di Brunei DS ketandusan piala kejuaraan ataupun sekurang2nya prestasi membanggakan dari pasukan kebangsaan mahupun pasukan2 dari negara ini. Memenangi Piala Liga buat pertama boleh menjadi pengubat rindu atau hadiah istimewa kpd para peminat, penggiat & pemimpin sukan bola sepak yg selama jujur dan sanggup berkorban apa saja demi memajukannya.
3. Dgn menjulang Piala Liga dlm kemunculan pertamanya di Liga S, DPMM FC menutup serapat2nya kritikan2 yg mengatakan mereka adalah pasukan kerdil & menyanggah pendapat mereka yg menganggap DPMM FC tidak layak utk menyertai Liga S.
4. Memenangi Piala Liga, walaupun tidak kehebat Piala Malaysia dari segi sejarah akan tetapi sedikit sebanyak ianya boleh menjadi titik-tolak kpd kebangkitan bola sepak di negara ini. Dlm lain perkataan, ianya (menjuarai Piala Liga) bolehlah dianggap sebagai 'ikon' kpd perkembangan & kemajuan bola sepak di Brunei DS.
5. Ianya juga boleh menjadi 'cermin' kpd individu2 yg terlibat secara langsung atau sebaliknya dlm sukan bola sepak ini. Kejayaan bukan dpt dicapai dlm sekelip mata. Kejayaan memerlukan banyak pengorbanan dari pelbagai pihak & yg paling penting ialah betapa pentingnya sumbangan faktor kewangan dlm perjalanan mencapainya. Bak kata pepatah 'di mana ada kemahuan di situ ada jalan'.
6. Prestasi DPMM FC adalah sukat2 atau kayu pengukur kpd standard Liga S dan struktur di dlmnya. Para pengendali liga berkenaan hendaklah menilai kembali di manakah standard mereka.

Walaupun DPMM FC kehilangan khidmat ketua pasukan Pg Sallehuddin Pg Hj Damit & penyerang import berbahaya Abdel Hamid Berguiga namun saya yakin bahawa pemain2 lain yg ditugaskan mengemudi setiap bhgian padang dapat menjalankan tugas masing2 utk membenam SAF FC dlm perlawanan itu nanti.

Saya amat yakin bahawa Rene Komar mampu mengemudi bahagian pertahanan dgn jayanya. Manakala di bahagian serangan memang dirasai ketiadaan Abdel Hamid yg sering menarik pemain2 pertahanan lawan utk mengawalnya dgn skil individu menarik. Kini tugas menjaring gol adalah di bahu Mohd Shahrazen Said & Oh Ddog Yi ataupun siapa saja yg bakal diturunkan oleh Vjeran Simunic berganding bersama Shahrazen nanti.

Spt biasa barisan midfield memainkan peranan cukup penting dlm usaha mencari gol & bertahan tatkala diserang. Ivan Jerkovic, Rosmin Hj Mohd Kamis, Hj Mohd Subhi, Azwan Salleh dan Sairol Hj. Sahri bakal menjadi watak utama utk menguasai & mengekang empat serangkai SAF FC iaitu Aleksandar Duric, Park Tae Won, John Wilkinson dan Ahmad Latif Kamaruddin.

Walaupun DPMM FC sudah berjaya menewaskan SAF FC dlm pertemuan2 sebelum ini namun sikap terlalu yakin selalu memusnahkan impian. Hanya tinggal 90 minit saja lagi yg memisahkan DPMM FC bergelar selaku JUARA. Watak2 selaku juara telah mereka pamerkan & kini usaha mengekalkan perwatakan itu adalah sangat penting. Yang pasti seluruh peminat bola sepak di Brunei DS pasti berdoa utk kejayaanmu DPMM FC! Amin!!!

Prof; Sebab yg terakhir ialah hadiah hari lahir utk saya. Hahaha.

Tiada ulasan: