Khamis, 11 Jun 2009

PIALA DUNIA 2010 - TAHNIAH AUSTRALIA, JEPUN & KOREA SELATAN

Australia (jersi kuning) mampu mengangkat nama Asia di Piala Dunia 2010.
Setakat ini tiga negara sudah mengesahkan tempat mereka secara otomatik ke Piala Dunia 2010 Afrika Selatan iaitu Australia & Jepun dari Kumpulan B dan Korea Selatan dari Kumpulan B. Satu lagi slot otomatik dalam Kumpulan B menjadi perebutan antara Arab Saudi, Korea Utara dan Iran.

Kita berharap temasya empat tahun sekali itu di Afrika Selatan tahun depan akan meninggalkan impak kpd negara2 dari benua Asia. Kita mahu mengulangi kegemilangan 2002 di mana Korea Selatan mara ke separuh akhir & Jepun terkandas di pusingan kedua. Jika boleh salah sebuah negara Asia layak ke final.

Apa yg menyedihkan kita ialah kegagalan berterusan negara2 Asia Tenggara utk layak ke pusingan akhir, bersaing dlm kelompok kelayakan terakhir pun masih tercungap2 inikan pula utk layak ke pusingan akhir. Saya menyalahkan AFF dlm hal ini. Buat masa ini saya masih belum melihat apa2 program jangka panjang AFF ke arah itu. Di sini saya membuat cabaran terbuka kpd AFF yg diterajui oleh Tengku Tan Sri Ahmad Rithaudeen utk melaksanakan satu pelan program pembangunan bagi menaikkan martabat bola sepak di rantau ini.

Prof; Memang seronok & nikmat memegang jawatan dlm persatuan akan tetapi apakah kita mampu memberi khidmat sebaik mungkin?


Tiada ulasan: