Ahad, 14 Jun 2009

DPMM FC TEPATI WATAK SEBAGAI JUARA

Walaupun hanya melalui sepakan penalti namun Rosmin aka Bobby akhirnya memecah kebuntuan jaringan. Diharap selepas ini beliau terus meledakkan gol2 cantik spt sebelum ini.

Saya cukup teruja dan gembira melihat melaluiu kaca tv bagaimana DPMM FC membenam cabaran Geylang United 5-3 dlm perlawanan suku akhir Piala Liga Liga S lalu. DPMM FC telah memperlihatkan kpd kita bahawa mereka mempunyai ciri2 sebagai sebuah pasukan layak bergelar JUARA.

Mungkin agak terlalu awal merumuskan sedemikian, akan tetapi dua buah pasukan yg 'diratah' oleh DPMM FC sebelum ini bukanlah calang2 pasukan dlm Liga S. SAF FC 'dihantuk' dgn 3-0 sebelum menutup mulut pengkritik di Kota Singa itu dgn jaringan besar ke atas Geylang Utd. Kedua2 pasukan tersebut adalah pasukan gagah & mempunyai sejarah tersendiri dlm Liga S, sama spt Selangor & Kedah dlm Liga M. Mohd Brian Iman Abdullah Bothwell pernah mengecap pingat kejuaraan bersama Geylang Utd beberapa tahun lalu.

Apa yg saya maksudkan dgn 'watak sebagai juara' ialah bagaimana pemain2 mengambil sikap secara spontan apabila ketinggalan kpd pasukan tuan rumah apatah lagi perlawanan itu secara kalah mati. Dlm situasi demikian seseorg pemain mesti fokus & cepat 'react' terhdp sesuatu situasi/keputusan spt bermain spt biasa & mengekalkan mentaliti menyerang tatkala ketinggalan.

Satu lagi faktor ialah bagaimana reaksi pegawai2 di bangku simpanan terutama ketua jurulatih & pengurus mengatur strategi utk menukar corak permainan pasukannya agar membuahkan hasil positif. Dlm perlawanan itu saya terpaksa 'angkat topi' (stail org putih) kpd Vjeran Simunic kerana membuat percaturan berani di awal permainan dgn mengeluarkan Hardi Bujang & membawa masuk Oh Ddog Yi tatkala ketinggalan 0-1. Hasilnya sudah kita ketahui bilamana perlawanan bertukar corak & memihak kpd DPMM FC.

Manakala di separuh masa kedua mentaliti tidak mahu mengalah ada pd setiap pemain DPMM FC. Saya rasa inilah kelebihan yg ada pd pasukan kebangaan Brunei Darussalam itu. Jika corak spt ini diteruskan saya yakin DPMM FC akan meninggalkan impak dlm Liga S musim ini & satu piala pasti milik DPMM FC. Cuma spt biasa jika dlm situasi begini, sekali lagi kita memerlukan satu lagi 'watak sebagai juara' iaitu mengekal prestasi baik apabila berada dlm posisi favourite.

Faktor ini juga penting. Ramai pemain & banyak pasukan tumbang gara2 gagal mengawal 'ego sendiri' ketika berada di puncak prestasi. Dlm soal ini kesemuanya adalah berkenaan emodi dalaman para pemain, jika mereka dpt mengawalnya & kekal fokus kpd setiap situasi, jawapnya mereka mampu mencapai kemenangan.

Dlm beberapa post saya sebelum ini saya mengutarakan kebimbangan saya kerana DPMM FC mempunyai rekod jaringan yg paling sedikit & saya turut menekankan bahawa Abdel Hamid Berguiga & Oh Ddog Yi supaya jgn terlampau bersikap individu. Akan tetapi dlm perlawanan lalu mereka tidak bersikap sedemikian & 8 jaringan dlm 2 perlawanan memadamkan rasa gundah-gulana saya selama ini. Sama2 kita nantikan perlawanan separuh akhir Piala Liga antara DPMM FC & Woodlands Wellington nanti.

Prof; Setelah menduduki tangga ke-3 Liga Super M'sia musim 2006/07 kini tiba pula Liga S utk DPMM FC mengecapi kejayaan.

Tiada ulasan: