Khamis, 4 Jun 2009

DPMM FC VS SAF FC - HARAP LUCK KPD DPMM FC LAGI

Hj Mohd Subhi Abdillah Bakir, congrat bro. Keep it up!

Seperti yg dijangka DPMM FC akhirnya berjaya membenam Albirex Nigata FC dlm perlawanan sulung Piala Liga S League dgn jaringan tipis 1-0 (tahniah Hj Mohd Subhi). Juga spt yg diramalkan barisan serangan masih tumpul dan dlm perlawanan esok menentang pasukan kuat SAF FC keadaan akan berubah sekelip mata atau kita masih mengharap kpd nasib?

Dlm perlawanan menentang Albirex Nigata FC malam itu, pertahanan DPMM FC bernasib baik kerana serangan2 lawan tumpul tanpa senjata utama spt penyerang berbisa yg mampu membuat rembatan kencang & mengempur dari segenap arah. Namun SAF FC mempunyai itu semua. Jadi saya berharap Vjeran Simunic mempunyai jawapan kpd persoalan itu.

Abdel Hamid, Oh Ddog Yi & Shah Razen adalah barisan depan DPMM FC sambil dibantu oleh barisan tengah (Rosmin, Sairol, Hj Mohd Subhi, Ivan Jerkovic & Mohd Azwan). Spt yg diungkapkan oleh pengulas siaran langsung mlm itu, jumlah jaringan DPMM FC adalah paling rendah berbanding 6 pasukan teratas S League. Bagaimana caranya utk penyerang2 DPMM FC kembali mencetak banyak gol?

Jawapannya ialah spt skrip bola sepak lapok, pelbagaikan corak serangan. Ke mana2 pun kita pergi skrip inilah yg dipakai oleh jurulatih atau pengurus di serata dunia, utk mengaburi pihak lawan. Dan yg terakhir sekali, turut memainkan peranan sangat penting ialah faktor nasib atau luck. Buat masa ini faktor itulah yg banyak menyelamatkan corak permainan DPMM FC. Kita lihat malam esok.

Prof; Corak paling ideal ialah permainan menghiburkan dan sekali gus mencapai kemenangan, adil dlm sesuatu permainan bola sepak. Tetapi selalunya tidak begitu hehehe. Faktor naisb.

Tiada ulasan: