Ahad, 14 Februari 2010

KATALAH JUN 2013 ITU BENAR....

APA IMPLIKASINYA?
Sudah pasti Negara Brunei Darussalam tidak dapat menyertai mana2 kejohanan peringkat antarabangsa anjuran atau yang diiktiraf oleh FIFA, AFC & AFF seperti pusingan kelayakan Piala Dunia, Olimpik, Sukan Asia, Sukan SEA, Piala Asia, Piala AFF (Suzuki Cup) dan kejohanan2 futsal DAN juga tidak dapat menganjurkan kejohanan2 bola sepak peringkat antarabangsa hingga nasib Negara Brunei Darussalam ditentukan pada tarikh keramat JUN 2013.

APA MESTI KITA LAKUKAN?
Sebagai penggiat, pemain & peminat, teruskan usaha awda. Persetankan apa yg diputuskan oleh FIFA itu. Kita yg membeli stupur (boot/kasut bola), kita juga yg membeli jersi, stoking, seluar dan minuman setiap kali bermain bola. Malah kita jugalah orgnya yg membayar sewa padang, pengadil & apa2 sja bayaran yg dikenakan utk bermain bola. Mereka apa peduli? Kita minat bola sepak dan kita ingin bermain bola sepak, tidak kira usia - kanak2, muda atau tua. Kita akan terus bermain bola sepak. Itu saranan saya kpd penggiat, pemain & peminat bola sepak.

Kepada FFBD (badan induk yg diiktiraf) hendaknya jgn putus semangat & harapan. Gunakan masa sehingga Jun 2013 ini utk membangun & memajukan kembali bola sepak negara. Apa yg ingin saya tekankan di sini ialah FFBD mesti memantapkan struktur organisasi pengurusan & pembangunan bola sepak di negara ini. Umpamanya;

1. Hidupkan kembali fungsi persatuan bola sepak daerah2 agar selari dgn dasar & perjuangan bola sepak negara. Jika ini dpt dilaksanakan maka mudahlah utk mengatur aktiviti2 pembangunan.

2. Pembangunan peringkat akar-umbi amat mustahak. Pihak manakah yg bakal diiktiraf oleh FIFA pd Jun 2013 nanti, pedulikan. Asalkan jika tiba waktunya nanti kita sudah memiliki program pembangunan akar-umbi yg tersusun & terancang. Kini sudah terdpt beberapa akademi bola sepak yg dianjurkan oleh kelab2 & org perseorangan. Adalah wajar jika FFBD menyelaraskan akademi2 bola sepak tersebut.

3. Wujudkan skuad kebangsaan mengikut peringkat umur (kini sudah ada skuad bawah 16 tahun). Bermula dgn bawah 12, 14/15, 17/18, 20/21 dan 23 tahun. Jika perlu wujudkan skuad A dan B utk semua peringkat umur tersebut. Dan yg paling penting ialah dokumentasikan setiap pemain & skuad kebangsaan itu agar semua rekod2 mengenai pemain & skuad terbabit dpt dipantau perkembangan mereka hinggalah mereka mencapai usia senior.

4. Kita mungkin dihalang dari menyertai kejohanan antarabangsa tetapi FIFA tidak boleh menghalang kita menghantar projek pembangunan kita utk berlatih di luar negara. Aspek ini perlu diambil perhatian juga. Mesti ada penyelesaian atau mekanisma utk melaksanakan perkara ini.

5. Mantapkan liga kebangsaan yg sdg berjalan sekarang agar menjadi lebih menarik & kompetetif (saya akan menulis lanjut mengenai Liga B dlm posting akan dtg).

6. Pembangunan bola sepak memerlukan jurulatih yg berwibawa. Menjadi tugas utama FFBD utk menyelaras dan melahirkan lebih ramai jurulatih berwibawa (utk pengetahuan pembaca; jurulatih bola sepak mempunyai dua bidang iaitu jurulatih peringkat tinggi & jurulatih pembangunan). Kita memiliki ramai bekas2 pemain kebangsaan yg berpotensi utk menjadi jurulatih yg baik.

KESIMPULANNYA
Teruskan berjuang utk bola sepak dgn motto 'For the Good of Football'.

Prof: Hati saya cukup tersentuh tiap kali melihat kanak2 bermain bola sepak. Apakah salah mereka hingga senario bola sepak kita jadi spt sekarang? Kpd pemimpin bola sepak, jgn pentingkan diri, berbaktilah utk anak bangsa kita.

Tiada ulasan: