Jumaat, 19 Februari 2010

BRUNEI SERTAI GSF INTERNATIONAL YOUTH CAMP

Kontijen Brunei Darussalam seramai 10 orang telah berlepas ke Doha, Qatar utk menyertai GSF (Global Sport Fund) International Youth Camp yg dijadual berlangsung dari 20-26 Feb 2010. Perkhemahan yg menjuruskan kpd dua cabang sukan iaitu bola sepak & bola keranjang itu dikendalikan oleh Majlis Olimpik Qatar (QOC).

Kontijen negara mengandungi 8 org pelayar Sekolah Sukan dan 2 org tenaga pengajar iaitu Andiran bin Datu Kurnia Diraja Gadong dan Pg Serfuddin bin Pg Hj Md Salleh. Selain kontijen negara, sebanyak 16 buah negara lagi dan dianggarkan seramai 170 peserta mengambil bahagian dlm perkhemahan yg berbentuk pembangunan sukan terutama dlm bola sepak & bola keranjang.

Antara lain matlamat penganjuran perkhemahan tersebut ialah utk mempelajari pelbagai teknik & disiplin permainan, mengetahui dgn lebih mendlm pelbagai aspek sukan spt undang2 bermain, semangat berpasukan, kepimpinan, semangat kesukanan (fair play) dan mempelajari juga perihal dadah dlm sukan.

Mereka juga akan didedahkan dgn cara2 bagaimana utk menganjurkan aktiviti2 sukan di luar waktu persekolahan (cuti sekolah) dgn menggunakan semaksima mungkin kemudahan2 yg ada di sekolah masing2 spt padang bola sepak, jimnasium, dewan & lain2 gelanggang yg telah tersedia. Kita berharap perkhemahan yg mereka sertai itu nanti mampu membawa sedikit sebanyak elemen2 pembangunan sukan kpd atlit2 muda di Negara Brunei Darussalam pula.

Prof: Dlm apa jua jenis sukan pun, aspek pembangunan amat penting. Jadi kpd persatuan2 sukan, jgn abaikan aspek ini.

Tiada ulasan: