Isnin, 1 Februari 2010

HARIMAU MUDA SERTAI LIGA 1 SLOVAKIA

HARIMAU MUDA

Setelah gagal menyertai S League awal tahun ini akhirnya hasrat ketua jurulatihnya, Mohd Azraai Khor utk mendapatkan pendedahan peringkat tinggi kpd pemain2 bawah 21 tahun itu tercapai apabila pihak FAM berjaya mendapatkan slot utk Harimau Muda beraksi dlm Liga 1 Slovakia selama 3 bulan dari Febuari hingga Mei tahun ini.

Liga 1 Slovakia adalah divisyen tahap kedua dalam liga negara itu. Liga atas adalah Liga Cargon Slovakia yg mengandungi pemain professional sepenuh masa. Bagaimanapun, inilah yg dihasratkan & mesti dilakukan oleh sebuah pasukan pembangunan iaitu beraksi di peringkat tinggi seberapa lama yg boleh. Hanya dgn cara itu mereka boleh mempertingkat permainan dan keyakinan diri dan akhirnya mencapai matlamat pembentukan sesuatu projek pembangunan itu.

Untuk tahun 2010 & 2011 nampaknya Harimau Muda menghadapi tugas sibuk antara latihan dlm negeri, menyertai liga luar negara, terlibat kejohanan2 jemputan dan perlawanan2 persahabatan. Sebaik tamat Liga 1 Slovakia, Harimau Muda akan ke Michigan, Amerika Syarikat menyertai kejohanan hemputan Piala Obama.

Selepas itu kembali berlatih dlm negeri selama sebulan sebelum mengadakan perlawanan2 persahabatan di Indonesia pd bulan Julai. Manakala kejohanan Piala Newspaper dlm bulan Oktober di Vietnam dan menyusul perlawanan2 persahabatan di Qatar pd Disember. Diharap Azraai Khor mampu menggalas tugas kpd anak2 muda ini yg akan mempertahan pingat emas Sukan Sea 2011 di Indoensia.

Prof: Sangat menginginkan/teruja atau menanti projek sebegini dari badan induk bola sepak Brunei DS sejak dulu. Namun tak kunjung tiba hingga ke hari ini. Entah bila akan terlaksana? Jawapan ada pd pemimpin2nya.

Tiada ulasan: