Ahad, 15 Februari 2009

TUGAS BERAT MENANTI DPMM FC DI S LEAGUE


Prof: Terlebih dahulu saya memohon maaf kpd para penjenguk blog ini kerana agak lama tidak membuat post terkini. Ini adalah kerana badan kurang sihat dan sibuk dgn Majlis Tahlil 40 Hari kemangkatan almarhumah bonda mertua saya YAM Pg Anak Hjh Siti Halimah bt Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin - Al-Fatihah.

Sebagai individu yg agak rapat (sejak menjadi ketua editor Brunei DPMM FC Match Report beberapa musim lalu) saya adalah segelintir pihak yg amat berduka cita apabila kelab terkemuka Brunei DS itu tidak dpt beraksi dlm Liga Super Malaysia Musim 2009 akibat masalah teknikal. Oleh itu terurailah sudah simpulan persahabatan dua buah negara melalui sukan bola sepak sejak tahun2 70an lagi. Kita berkongsi suka & duka, susah & senang serta mesra, kasih, benci & sayang. Kemuncaknya ialah Brunei Darussalam menjuara Piala Malaysia 1999. Ini adalah sejarah!

Maka secara teknikal jugalah DPMM FC akhirnya dpt pula beraksi dlm salah satu liga terbaik di rantau Asia Tenggara iaitu S League. Walaupun hanya bermula sekitar 1994 lalu namun S League sudah mampu menjadi matang dlm masa yg singkat. Ini adalah berkat sokongan padu sektor swasta di samping pengurusan professional.

Sebenarnya 'hubungan mesra' antara DPMM FC dan S League (FAS khususnya) sudah terjalin sekian lama. Kalau tidak silap saya, DPMM FC telah menyertai Singapore Cup sejak tahun 2003 lagi. Sejak itu kelibat DPMM FC tidaklah asing bagi para peminat bola sepak di Kota Singa itu. Walaupun DPMM FC gagal untuk layak ke pusingan seterusnya akan tetapi prestasi mereka cukup membanggakan dan mampu memberi saingan sengit.

Kali ini cabaran lebih serius lagi. DPMM FC beraksi dalam liga sebenar. Spt mana aksi dalam Liga M, maruah negara turut jadi pertaruhan. Kelab2 gergasi di sana spt Geylang Utd, Tampines Rovers, SAF dan yg lainnya pasti sdg menanti kelibat DPMM FC. Suasana perlawanan Liga S amat berlainan dgn Liga M terutama dari segi jumlah penonton dan suasana stadium. Apa yg menarik DPMM FC kali ini tidak dipaksa utk mengharungi perjalanan yg panjang, yg mana kadang-kala menjadi faktor kpd kekalahan ataupun prestasi buruk pasukan.

Sebagai pencabar baru DPMM FC pasti diragui & dicemburui oleh lawan. Inilah pentas sebenar bagi Vjeran Simunic & pemain2nya utk menyerlah. Saya akan mengupas lebih lanjut mengenai penyertaan DPMM FC dala S League ini. Selamat Berjuang DPMM FC!

1 ulasan:

BAZAIE AHMAD berkata...

salam brother Jabar ( Debunga Wangi)
lama tak dengar cerita.. maklumlah nun jauh di Brunai sana...

Harap masih ingat pada gua orang di semenanjung..