Selasa, 26 Januari 2010

LIGA VETERAN SABAH - PIALA MEGALONG 2010


Para jemputan khas sedang menyaksikan perlawanan pembukaan antara Hungap Veteran dan JKR Sabah.

Encik Edwin Jomiji (Pengerusi Kejohanan) sdg diperkenalkan kpd para pemain sebelum sepak mula.

Antara aksi menarik walaupun sudah veteran, semangat masih berkobar2 utk bermain.

Para pemain Hungap Veteran (merah) bergembira meraikan salah satu gol mereka dlm perlawanan itu.

Kedudukan cemas di depan gol tetapi penjaga gol lebih tangkas mengawal keadaan.

Salah seorg pemain Hungap Veteran sdg membawa bola bersendirian.

Kiriman Rainold J Mokujin


Pada 24 Jan 2010 (Ahad), jam 4.00 ptg lalu telah berlangsung majlis perasmian Liga Veteran Piala Megalong 2010 di Stadium Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Penampang Encik William Sampil dan pada perlawanan pembukaan telah menemukan pasukan Hungap Veteran dan JKR Sabah yg mana telah dimenangi oleh Hungap Veteran (naib johan musim lalu) 6-1.

Turut hadir dlm perlawanan pembukaan itu ialah Pengurus Lembaga Sukan Negeri Sabah, Encik Mahmood Kalong dan pengerusi kejohanan Edwin Jomiji dari pihak penganjur kejohanan iaitu Penampang Pro-Sports Networks Sdn. Bhd. Johan akan menerima piala, medal dan wang tunai RM3,000 dan naib johan pula akan membawa pulang wang tunai RM2,500 dan medal. Sementara itu pemenang Piala FA pula akan dihadiahkan piala dan wang tunai RM2,000.

Kejohanan veteran 11 sepasukan itu terbuka kpd pasukan2 dari seluruh Sabah terutama di kawasan Pantai Barat. Setiap pasukan dikehendaki menyenaraikan 5 org pemain yg berumur 40 tahun ke atas, 4 org pemain yg berumur 46 ke atas dan 2 org pemain yg berumur 51 ke atas dan pemain gantian hendaklah dari kategori umur yg sama.

Hungap Veteran yg dibarisi beberapa bekas pemain negeri spt Herman Limus, Shashi Paniker & Paddy Edwin telah mendahului 2-0 dlm separuh masa pertama perlawanan pembukaan itu. Walaupun JKR Sabah turut memiliki bekas pemain2 negeri spt Henry Anjun, Paulus Jimit, Jekerison Kilan, Awang Palal dan Edwin Phan namun Hungap Veteran menambah 4 gol lagi di separuh masa kedua melalui Tonny Limus (3 gol), Gregory Mojuntin (2 gol) dan Christopher Sipaun (1 gol). JKR Sabah hanya mampu membalas melalui bekas pemain Harimau dan Sabah Henry Anjun.

Prof: Syabas kwn2 di Sabah kerana berjaya menganjurkan liga veteran. Insya-Allah, VFA akan turut menganjurkan liga veteran Brunei dlm tahun ini juga.

Tiada ulasan: