Sabtu, 9 Januari 2010

AFRICA CUP OF NATIONS - BUS TOGO DISERANG



Kodjovi Obilale (penjaga gol) & Serge Akakpo (depan, tgh) dua org pemain Togo yg cedera parah dlm serangan itu.

Pemandu Terbunuh, Pemain & Pegawai Cedera Parah


Belum pun bermula Kejohanan Negara2 Afrika/Africa Cup of Nations (CAF) yg dijadualkan bermula esok (10 Jan 2010) di Angola, telah dikejutkan oleh satu kejadian serang hendap terhadap bas yg membawa rombongan pasukan kebangsaan Togo. Akibatnya, pemandu bas tersebut terbunuh, dua org pemain cedera parah & beberapa pegawai lain turut terkena tembakan peluru.

Kejadian menyedihkan kpd senario bola sepak di awal 2010 itu berlaku sebaik sahaja rombongan melepasi sempadan Angola dan Republik Demokratik Kongo (DRC). Sebahagian pemain yg terselamat mengatakan bahawa keadaan menjadi kelam-kabut, darah menyimbahi di mana2, suara mengerang kesakitan kedengaran & suasana sekeliling hingar-bingar. Pemain2 terpaksa tunduk atau meniarap di bawah tempat duduk bas tersebut utk menyelamatkan diri mereka.

Liberation of the Enclave Cabinda (FLEC) sebuah pertubuhan setempat di Cabinda yg menjadi tuan rumah utk perlawanan2 Kumpulan B telah mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan ganas itu. Pasukan kebangsaan Togo telah menimbang utk mengambil keputusan menarik diri dari kejohanan itu, semantara pihak CAF mengatakan bahawa kejohanan akan diteruskan disamping tahap keselamatan terutama pemain2 akan dipertingkatkan. Presiden FIFA, Sepp Blatter, turut bimbang dgn situasi yg menimpa pasukan Togo itu & menyeru pihak CAF utk mengambil langkah2 segera bagi membendung dari berulang.

Selain Togo dlm Kumpulan B itu, pasukan2 lain ialah Ivory Coast, Ghana & Burkina Faso. Emmanuel Adebayor (Manchester City) & Moustapha Salifou (Aston Villa) adalah antara dua bintang Togo yg terselamat dlm serangan berdarah itu. Manakala dua rakan mereka yg cedera parah ialah Kadjovi Obilale (penjaga gol) dan Serge Akakpo (pertahanan). Obilale telah terkena tembakan di bhg buah pinggangnya dan Akakpo pula diberitakan peluru telah menembusi bhg belakangnya. Bagaimanapun kedua2 pemain tersebut dlm keadaan stabil. Pegawai yg cedera pula ialah jurulatih penjaga gol & doktor pasukan.

Memang kejadian ini adalah tragedi kpd sukan bola sepak & kita berharap dan berdoa agar kejohanan itu akan terus berjalan dgn selamat & jayanya.

Prof: Terkenang tragedi Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

Tiada ulasan: