Khamis, 5 September 2013

MALAYSIA JUARA AFF-U16

Malaysia telah muncul sebagai juara buat pertama kali kejohanan bolasepak AFF-U16 menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada 2 Sept 2013 lalu di Myanmar. Tempat ketiga dimenangi oleh Australia yang menewaskan Vietnam dalam perlawanan penentuan tempat ketiga/keempat. Kedua-dua perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti setelah keputusan seri hingga masa tambahan tamat.

Pasukan Negara Brunei Darussalam gagal layak ke separuh akhir sepertimana yang di idamkan setelah menduduki tangga tercorot kumpulan, bolos 43 gol dan gagal menjaringkan walau sebiji gol. Brunei tumpas kepada Kemboja 8-0, Australia 19-0, Myanmar 5-0 dan Vietnam 11-0. Berita lanjut boleh dilayari di sini

Sesungguhnya kejohanan yang baru berlangsung itu dapat dijadikan sebagai latihan dan pemanas badan kepada pasukan-pasukan yang terlibat kerana mereka akan bertembung pula dengan gergasi-gergasi Asia pula dalam pusingan kelayakan kejohanan AFC U16 Kumpulan H yang akan berlangsung di Laos dari 21hingga 29 Oktober akan datang ini.

Malaysia selaku juara rantau Asia Tenggara akan ditempatkan bersama jaguh Asia iaitu Korea Selatan, tuan rumah Laos, Guam dan Brunei Darussalam. Kita lihat nanti apakah mutu persembahan mereka akan meningkat berbanding dalam kejohanan AFF-U16 lalu. Peminat nampaknya sangat berharap negara-negara Asia Tenggara dapat meyaingi dan menewaskan kuasa besar bolasepak Asia seperti Korea Selatan, Jepun, China, Australia dan negara-negara Teluk serta Asia Tengah.

Dalam perlawanan kelayakan itu nanti, johan setiap kumpulan dan 5 pasukan tempat kedua terbaik akan layak ke pusingan akhir yang akan dilangsungkan di Bangkok, Thailand pada tahun 2014. Baca berita lanjut di sini

Prof: Pengajaran paling berharga bagi kitani. Mahu main-main lagi? Mahu berebut apa? Atau mahu membangun bolasepak? Jujurlah!!!!!

3 ulasan:

Unknown berkata...

Keputusan yang sangat mengecewakan bagi skuad Tebuan U-16 mungkin tidak boleh dipersalahkan para pemain kerana pasukan ini hanya mempunyai masa latihan yang singkat iaitu 1 bulan.

Mungkin salah satu daripada cara negara kita untuk maju ke hadapan di dalam arena bolasepak adalah dengan melihat ke hadapan (grassroot coaching). Grassroot coaching di Brunei adalah tidak mencukupi dan anak muda serta golongan yang sangat meminati bidang jurulatih bolasepak tidak diberi peluang yang banyak untuk menimba ilmu. Seperti contoh, saya sangat berminat untuk menjadi seorang jurulatih tetapi tidak mempunyai peluang untuk menimba ilmu tersebut. Saya sudah menghantar emel kepada pihak NFABD tetapi tidak ada sebarang jawapan. Apa pendapat profBola mengenai kuantiti dan kualiti jurulatih di Brunei? Dan bagaimanakah cara untuk melatih dan menimba ilmu bagi individu-individu yang berminat di dalam bidang tersebut?

JABAR ISNIN berkata...

Edz Edie; terima kasih kerana meninggalkan ulasan. Syabas kerana menyimpan hasrat untuk menjadi seorang jurulatih. Negara kitani sangat berkurangan jurulatih berwibawa terutama di peringkat akarumbi. Jangan putus asa, selalu-selalulah berziarah ke pejabat NFABD, mungkin bisdia ada/sedang merancang program pembangunan kejurulatihan. Ada Exco & Committee yang bertanggungjawab dalam hal ehwal berkenaan.

ProfBola

Tanpa Nama berkata...

Prof macamana perkembangan skuad hbt 2014 brunei darussalam? Ada berita baru? Khabarnya pasukan filipina mungkin akan menurunkan pasukan terkuat mereka buat julung kalinya mereka berhasrat ingin menjuarai hbt tahun ini. Dilaporkan ada pemain skuad utama kebangsaan filipina akan membarisi filipina seperti amani aguinaldo, del rosario, patrick deyto, simone rota, daisuke sato dan chris greatwich. Pemain pemain ini telah pun membantu pasukan kebangsaan mereka muncul naib juara kejohanan cabaran bolasepak asia di maldives baru baru ini.