Rabu, 25 November 2009

YASUHITO ENDO - PLAYER OF THE YEAR AFC




Yasuhito Endo AFC Player of the Year 2009 menerima anugerah drp Mohammad Hammam, Presiden AFC.

Pemain Jepun dari kelab Gamba Osaka, Yasuhito Endo telah memenangi anugerah Player of The Year AFC dlm satu majlis penyampaian anugerah tahunan badan induk bola sepak Asia itu di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur baru2 ini.

Endo telah mengatasi pemain2 spt Firas Al Khatib (Syria), Kengo Nakamura (Jepun), Hadi Aghily (Iran) & Syed Mohamed Adnan (Bahrain) yg telah disenarai pendek apabila memunggut 120 mata. Mata2 tersebut diperolehi dari para 'match commissioners' yg mengendali kesemua perlawanan yg dianjurkan oleh AFC dan juga mata yg diberikan oleh AFC Technical Study Group.

Sementara itu dlm majlis yg sama, negara Jepun telah memenangi 6 anugerah kesemuanya mengatasi negara2 lain namun Korea Selatan muncul pemenang utk anugerah National Team of the Year. Untuk keputusan penuh sila layari laman web www.the-afc.com.

Prof: Amat mengecewakan ialah tiada pemenang dari rantau Asean, waima utk 5 pencalonan terakhir. Apa dah jadi dgn projek2 pembangunan AFF? Bila akan berhasil? Sudah berjalan ke belum?

Tiada ulasan: