Para peminat membanjiri Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas menanti Piala Malaysia ke bumi Darussalam.
Rosli Leman, hero 2 gol Brunei DS sewaktu menumpaskan musuh tradisi jiran Borneo iaitu Sarawak dlm final 1999.
Awang Import Brunei DS Patron Akakpo & Brian Bothwell di kerumuni pemain2 Sarawak dlm final 1999 yg mendebarkan itu.
Spt yg kita ketahui bahawa Piala Malaysia adalah kejohanan bola sepak tertua di Asia (sejak 1921), bermula dari Piala HMS Malaya, Piala Malaya dan seterusnya Piala Malaysia. Setiap final mempunyai ceritanya yg tersendiri. Namun bagi posting saya kali ini, saya hanya menukilkan cerita atau nostalgia yg menyentuh diri saya sahaja.
Zaman remaja (persekolahan) saya bukanlah seorang pemain bola sepak yg hebat, cuma berjaya mewakili peringkat sekolah. Tradisi anak2 muda Melayu di Semenanjung Malaysia, meminati dan bermain bola sepak memang sudah berakar-umbi. Begitu juga dgn saya. Di kampung, di sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke pusat latihan, saya tetap bermain bola sepak. Spt diatur oleh Allah swt, setelah tamat pusat latihan saya ditawarkan kerja sebagai jurugambar di sebuah penerbitan yg baru menerbitkan majalah bola sepak pertama di Malaysia iaitu LIGA.
Tidak sampai 2 bulan memegang tugas sebagai jurugambar, memandangkan penerbitan kami kecil maka editor saya 'memaksa' saya membuat artikel pula (menemuramah & mengarang). Entah kenapa saya terus menerima arahan tanpa persoalan dan idea penulisan terus mengalir dari kotak fikiran hingga kini. Saya sangat bersyukur dianugerahkan Allah swt dgn kebolehan yg dikurniakan-Nya ini. Sejak itu saya bertekad utk terus menulis dan memberi sumbangan kpd kemajuan sukan bola sepak yg saya minati ini tanpa mengira apa bentuk tekanan & cabaran yg diterima kerana saya mengambil sikap 'vokal' (menegakkan yg hak & menyanggah yg bathil) dlm menghadapi apa jua persoalan yg melingkari senario bola sepak di sekitar saya tidak kira di mana jua saya berada. Jika ada sesiapa yg mempersoalkan taraf kewarganegaraan saya maka org itu telah melanggar undang2 FIFA. Bagi FIFA, bola sepak tidak membezakan warganegara, warna kulit, kaum, bangsa dan agama. Jika ini org atau pihak yg bersifat sedemikian maka FIFA akan bertindak!
Dlm perjalanan itu bermacam peristiwa pahit & manis telah dialami. Mungkin dlm kesempatan lain saya akan menceritakannya dgn panjang lebar. Utk kali ini biar saya nukilkan nostalgia atau cerita saya dgn final Piala Malaysia shj dulu. Di bawah adalah secebis nota ringkas mengenainya;
Final 1983 - Selangor lwn Pahang:
Final tahun ini sangat memberi makna kpd saya kerana inilah tahun pertama saya ditugaskan utk membuat liputan. Perasaan gemuruh terus menekan jiwa saya sebaik memasuki Stadium Merdeka kerana bukan penonton yg ramai (65 ribu), tetapi saya khuatirkan rakan2 sekerja dari media2 yg lain. Berbagai persoalan yg timbul; apakah saya mampu mendpt 'shot'2 yg menarik atau saya akan 'tewas' oleh puluhan lagi jurugambar lain. Pemain2 bertarung di padang dan tamat dlm 90 minit tetapi kami (jurugambar & wartawan) terus 'bertarung' sewaktu penyampaian hadiah (utk mendptkan shot2 yg menarik & penting) dan selepas itu (mendptkan cerita2 sampingan yg menarik tentang pemain atau pasukan yg kalah atau menang). Memang menjadi lumrah kami, jika tidak mendpt 'cerita' lain dari media berlainan maka kami akan dimaki, sumpah-seranah dan dicemuh dgn kata2 kesat atau lucah oleh boss di pejabat pd keesokkan harinya. Itulah tradisi kewartawanan dulu. Dgn cara itulah juga kami maju dan berjaya sebagai seorang penulis 'sebenar', teguh kpd pendirian dan berani mendepani apa jua masalah dan persoalan.
Berbalik kpd final tadi, akhirnya Selangor dgn kehebatan Mokhtar Dahari @ Super Mokh berjaya merampas kembali Piala Malaysia dgn kemenangan dramatik 3-2. Saya turut bersyukur berjaya melaksanakan tugasan dgn cemerlang juga.
Final 1985 - Johor lwn Wilayah Persekutuan (KL)
Bagi saya, final kali ini adalah paling bermakna kerana negeri tanah tumpah darah saya iaitu Johor Darul Takzim muncul juara buat pertama kalinya dan yg paling penting di depan mata saya serta saya merekodkannya dgn lensa kamera saya. Betapa gembiranya saya waktu itu tidak terkata tetapi demi tugasan secara professional saya tidak dpt memperlihatkannya, membuat liputan tidak boleh dicampuk-aduk dgn emosi dalaman. Mesti professional!
Final 1987 - KL lwn Kedah
Kali ini peristiwa agak romantis sedikit. Saya tidak lagi membuat tugasan lapangan kerana sudah naik pangkat jdi 'Editor' hehe. Tetapi saya menyaksikan final ini dgn 'buah hati' yg kini menjadi isteri saya. Amat lain sekali rasanya. Terbiasa berada di tepi padang bertugas & bersesak2 utk mendptkan shot menarik ketika penyampaian hadiah & curi2 menemuramah pemain atau pegawai demi mendptkan 'skop' atau cerita sampingan, kini saya duduk di bangku penonton menyaksikan perlawanan. KL menang 1-0 buat pertama kali hasil jaringan K. Kannan dan umpanan oleh sahabat baik saya Subadron Aziz.
Final 1999 - Brunei lwn Sarawak
Final 'Borneo Derby' ini juga mempunyai nilai sejarah tersendiri. Buat pertama kali dlm sejarah Piala Malaysia dua pasukan Borneo bertarung dlm final & buat pertama kali juga Piala Malaysia akan menyeberang Laut Cina Selatan (satu2nya hingga kini). Saya dan beberapa org teman telah menganjur pakej menyaksikan final. Dlm rombongan kami seramai 100 org peminat fanatik Brunei DS. Rosli Leman jdi hero dgn dua gol pantas. Kami berpesta di lobi hotel penginapan hingga tepi jalan Bukit Bintang sampai pagi. Cukup indah kerana negara tempat saya bermastautin muncul juara Piala Malaysia. Apa yg berlaku selepas itu hingga kini telah menjadi sejarah.
(Kawan2 lama wartawan di KL rupanya sudah menunggu saya utk belanja makan di Restoran Yussof - di Stadium Merdeka - makan nasi kandar. Sambil makan kami sama2 mengimbau kenanagan lama membuat liputan di sana)
Final 2008 - Kedah lwn Selangor.
Stadium Nasional Bukit Jalil jadi pentas final kali ini. Final kali ini bermakna kerana saya menjadi Editor Bulletin Kenari (majalah rasmi KFA). Walaupun mendapat jemputan khas namun saya mengambil keputusan utk membeli tiket $8 dan duduk di tempat paling atas sekali. Senghaja utk merasai suasana meriah di tengah2 90 ribu org penonton (tentulah bersama Hijau Kuning). Bagi saya bola sepak tidak akan padam sampai bila2, memang ianya sukan no 1 di dunia. Akhirnya Kedah sekali lagi mencatat kejayaan dan saya berbangga menjadi pencatat sejarahnya dgn penerbitan Bulletin Kenari. Itulah keistimewaan seorg wartawan, menyaksi, mencatat & mengulas sejarah.
Prof: Malang sekali saya tidak dpt mengutip ratusan gambar2 kenangan itu. Yg ada dlm simpanan saya dlm bentuk hitam-putih & ada yg sudah rosak. Insya-Allah saya akan cuba mencari gambar2 tersebut utk tatapan kita semua melalui sumber2 lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan