Ahad, 15 November 2009

CAMEROON, NIGERIA & NEW ZEALAND LAYAK KE AFRIKA SELATAN


Hero Nigeria Obafemi Martins sedang menaringkan salah satu dari dua golnya apabila membantu negaranya menewaskan Kenya 3-2.

Cameroon dan Nigeria, dua jaguh benua Afrika akhirnya layak ke Final Piala Dunia 2010 apabila menumpaskan lawan masing2 dlm perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Cameroon, veteran Piala Dunia menang 2-0 ke atas Maghribi di tempat lawan Nigeria pula juga menang di tempat lawan kpd Kenya tetapi dgn cara dramatik iaitu 3-2 setelah ketinggalan 1-0 pd separuh masa.

Obafemi Martin menjadi wira Nigeria apabila menghasilkan 2 gol membantu skuad 'Super Eagles' itu utk sekali lagi beraksi di Piala Dunia. Sebelum ini ini Ghana & Ivory Coast telah layak lebih awal apabila menjuarai kumpulan masing2 dgn mudah. Satu lagi tiket benua Afrika akan ditentukan 18 Nov 2009 akan dtg antara Mesir dan Algeria.

New Zeland aka All White mengulangi sejarah 1982 apabila layak ke Piala Dunia setelah menang tipis ke atas Bahrain 1-0 di Wellington. Kali ini sekali lagi benua Ocenia memiliki calon setelah pd edisi 2006 Australia telah layak tetapi itu tahun depan 'Socceroo' mewakili benua Asia dan telah layak lebih awal. Memang nasib tidak menyebelahi Bahrain kali ini kerana sejak pusingan pertama playoff mereka gagal menjaringkan gol walau memperolehi tendangan penalti.


Nikolas Anelka dgn bergaya menjaringkan gol tunggal negaranya Perancis di Croke Park, Dublin ketika menewaskan Ireland 1-0.

Tiga pasukan pilihan playoff benua Eropah iaitu Perancis, Russia dan Portugal menepati ramalan awal tatkala mencatatkan kemenangan ke atas lwn mereka. Russia yg bermain di Moskow menentang Slovenia mendpt bekal agak mencukupi setelah menang dgn kelebihan 2-0.
Perancis pula menang di tempat lawan hasil jaringan tunggal penyerang Chelsea Nikolas Anelka terhdp Republik Ireland. Namun Portugal yg turun tanpa kelibat pemain termahal dunia Christino Ronaldo hanya menang tipis 1-0 di tempat sendiri ke atas Bosnia-Herzegovinia.

Keputusan penuh playoff ialah;

Russia 2 - Slovenia 0, Greece 0 - Ukraine 0, Ireland 0 - Perancis 1, Portugal 1 - Bosnia-Herzegovinia 0, Costa Rica 0 - Uruguay 1, New Zealand 1 - Bahrain 0.

Playoff Eropah & Amerika Selatan akan berlangsung pd 18 Nov 2009 (Rabu).

Prof: Ingin melihat Russia, Perancis, Portugal, Greece, Mesir & Uruguay layak. Kehadiran mereka menambah menarik persaingan di Afrika Selatan nanti. Ramai kwn2 sudah berkira2 utk bawa sama2 ke Afrika Selatan.

Tiada ulasan: