Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana agak lama tidak membuat posting dlm blog ini. Sebenarnya saya menghadapi sedikit masalah dan Alhamdulillah kini telah selesai dan saya kembali mengisi ruang2 kosong utk membicarakan soal bola sepak kitani yg sama2 kita minati.
Bagaimanapun, berita pertama yg ingin saya khabarkan ialah mengenai penyertaan Brunei Veteran dlm kejohanan Singapore 9's Masters yg dijadualkan berlangsung pd 21 & 22 Nov 2009 telah dibatalkan oleh pihak penganjur iaitu FAS. Pembatalan tersebut terpaksa dilakukan oleh FAS memandangkan mereka tidak mahu terdapat perkara berbangkit akibat dari penggantungan BAFA oleh FIFA. Untuk menjaga kepentingan kedua2 pihak maka FAS dgn hati yg berat terpaksa membatalkan penyertaan Brunei Veteran.
Akan tetapi, skuad Brunei Veteran yg sudah menjalani latihan sejak sebulan lalu tidak putus harapan kerana mereka akan menyertai Borneo Open yg akan berlangsung pd tarikh yg sama. Walupun Borneo Open terbuka utk pemain2 40 tahun ke atas dan Singapore 9's Master utk 45 tahun ke atas, namun Brunei Veteran tetap bersemangat utk meneruskan perjuangan mereka. Syabas diucapkan kpd pemain2 veteran kita. Semangat sebeginilah yg patut dicontohi oleh pemain2 muda agar mereka terus maju di masa depan.
Prof: Terkejut mendpt email yg dikirimkan oleh wakil FAS itu dua hari yg lalu. Namun itulah akibatnya yg terpaksa kita tanggung bersama. Memang pahit dan menyakitkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan