Ahad, 8 November 2009

N. SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2009

Pemain muda bebakat besar, Shahurain Abu Samah menjaringkan gol pertama N. Sembilan.

Pemain2 N. Sembilan membawa Piala Malaysia mengelilingi stadium tanda meraikan kejayaan mereka.
Saat paling gembira, pemain & pegawai 'Hoben Jang Hoben' sebaik dinobat Juara Piala Malaysia 2009.

Sekalung tahniah buat Negeri Sembilan Darul Khusus kerana telah menjadi juara Piala Malaysia 2009 apabila menewaskan Kelantan 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung malam tadi (Sabtu/7 Nov. 2009) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Gol2 skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu dihasilkan oleh Shahurain Abu Samah (min 18), Hairuddin Omar (min 46) dan Zaquan Adha (min 59) manakala Kelantan membalas melalui Indra Putra Mahyuddin (min 90).

Kemenangan tersebut terhasil setelah menanti selama 61 tahun. Kali terakhir skuad 'Hoben Jan Hoben' itu menjuarai piala keramat itu ialah pada tahun 1948 (ketika itu dikenali sebagai Piala HMS Malaya) dengan mengalahkan Selangor 2-1 dalam perlawanan akhir yg diadakan di Padang Kelab Diraja Selangor.

Syabas juga kita ucapkan kpd skuad 'Sang Rusa' Kelantan, walaupun mereka tewas namun skuad bimbingan B. Sathianathan itu telah membuktikan sesuatu setelah dilanda pelbagai masalah dan kamelut di awal dan pertengahan musim. Walaupun Kelantan dilarang beraksi dlm Liga M musim depan akan tetapi mereka pasti bangkit.

Prof: Seperti juga masalah di Brunei, FAM dilihat menghadapi proses transisi (peralihan). Beberapa pasukan telah dilarang menyertai Liga M kerana tidak menepati beberapa syarat ketat FAM. Kita perlu bertegas & bersikap professional utk maju. Dlm proses itu ianya memerlukan pengorbanan.

Tiada ulasan: