Khamis, 26 November 2009

SANTOKH SINGH SEMAKIN PULIH



Kelihatan Santokh Singh sdg mendengar nasihat dari Timb. Menteri Belia & Sukan Malaysia Dato' Razali Ibrahim sambil diperhatikan oleh Ketua Pengarah MSN, Dato' Zolkples Embong.


Lagenda bola sepak Malaysia, Santokh Singh (57 tahun) dikhabarkan kini semakin pulih dan boleh makan-minum serta sudah mengenali rakan2 yg meziarahi beliau setelah 10 hari terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat rebah di rumahnya lalu tidak sedarkan diri. Mengikut keterangan isterinya, otak bekas pemain yg seangkatan dgn Mokhtar Dahari itu telah dijangkiti kuman dan pihak doktor yg merawat beliau berjaya mengurangkan jangkitan tersebut.

Sejak dimasukkan ke HKL sepuluh hari lalu, Santokh Singh telah menerima ziarah dari pelbagai lapisan masyarakat terutama rakan2 bekas pemain bola sepak Selangor dan Malaysia, para pemimpin sukan, ahli politik dan tidak terkecuali para peminat yg selama ini begitu prihatin akan keselamatan dirinya. Saya juga turut berharap agar Santokh cepat sembuh dan mampu menikmati kembali hidupnya bersama keluarga tercinta.

Prof: Masih menanti khabar dari Kota Singa mengenai keberadaan seorg lagi lagenda bola sepak kita iaitu Dollah Kassim yg turut tidak sedarkan diri & terlantar di hospital.

Tiada ulasan: