Sabtu, 21 November 2009

SANTOKH SINGH PULA KOMA


Santokh Singh bersama 'kembar siam'nya Dato' Soh Chin Aun ketika zaman kegemilangan mereka dlm pasukan Malaysia.

Kelmarin (20 November 2009) seorang lagi pemain hebat & lagenda Selangor dan Malaysia iaitu Santokh Singh telah rebah di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur dan tidak sedarkan diri. Bulan lalu kita dikejutkan oleh berita di mana Dollah Kassim telah jatuh pengsan dan koma kini giliran Santokh Singh pula.

Santokh dikhabarkan oleh isterinya, pd mulanya merasa pening2 dan terus terjatuh di rumahnya kira2 pukul 11.00 pagi. Isterinya terus menghubungi ambulan dan Santokh yg sudah tidak sedarkan diri terus dibawa ke hospital.

Era 70 & 80 an adalah zaman di mana Santokh Singh bersama Datuk M. Chandran, Dato' Soh Chin Aun, Mokhtar Dahari, R. Arumugam, Khalid Ali dan lain2 jaguh Selangor serta Ali & Isa Bakar, Shukor Salleh, Dato' Jamal Nasir, Bakri Ibni, James Wong, Hassan Sani & ramai lagi jaguh2 Malaysia telah mengangkat nama Malaysia hingga layak ke Sukan Olimpik sebanyak dua kali iaitu 1972 (Munich, Jerman) dan 1980 (Moscow, Soviet Union).

Sebagai peminat bola sepak dan pernah beberapa kali bertemu, berbual & menemuramah Santokh, saya mendoakan agar beliau sedar kembali dan sihat walafiat. Juga dikhabarkan Santokh baru selesai mengadakan sesi bimbingan bola sepak kpd kanak2 sehari sebelum itu.

Prof: Saya sangat terharu dgn apa yg berlaku. Pemain2 bola sepak begitu bersemangat utk membangunan sukan itu hingga ke akhir hayat mereka, malangnya segelintir pemimpin/pengurusan telah 'menderhakai' dgn membuat onar. Inilah masalah bola sepak kita.


Tiada ulasan: