Sabtu, 14 November 2009

SIDANG MEDIA PENUBUHAN VFA



Naib Presiden JK Penaja VFA, Awg. Ali Hj Ismail sedang di temubual oleh wakil RTB.



Awg Ali Hj Ismail turut menerangkan tujuan2 penubuhan dan informasi2 lain mengenai VFA kpd wakil RTB.




Pd 13hb. Nov 2009 (Jumaat), jam 3 ptg, bertempat di Restoran Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas telah berlangsung Sidang Media penubuhan Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) yg telah dihadiri oleh beberapa J/Kuasa Penaja dan wakil2 media cetak dan elektronik (RTB).

Dlm sidang media tersebut, Awg Ali Hj Ismail selaku Naib Presiden J/Kuasa Penaja telah menerangkan secara panjang lebar kronologi penubuhan VFA, tujuan2 dan syarat2 utk menjadi ahli VFA. Wakil2 media juga telah berkesempatan bertanyakan pelbagai persoalan berkenaan penubuhan VFA itu dan juga turut menyangkut senario bola sepak yg melanda Negara Brunei Darussalam khususnya.



Dari Kanan; Awg Ali Hj Ismail (Naib Presiden), Ishak Hj Kabon (Bendahari) dan Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat (Timb. Bendahari) antara J/Kuasa Penaja VFA yg hadir pd sidang media tersebut.



Antara wakil2 media yg hadir membuat liputan sdg menjamu selera bersama J/Kuasa Penaja VFA.

Antara syarat2 utk menjadi ahli VFA amat mudah sekali iaitu mereka mestilah berusia 35 tahun & ke atas dan membayar yuran pendaftaran B$100 (yg boleh dibayar secara ansuran sebanyak 3 kali) serta yuran tahunan $30. Sesiapa sahaja yg berminat utk menjadi ahli dialu-alukan mendaftar sebelum berlangsungnya Mesyuarat Agung Penubuhan utk membolehkan mereka dicalonkan dan mengundi. Selain itu, keahlian VFA turut tidak menghadkan kpd taraf kewarganegaraan, warna kulit, fahaman/ideologi & agama, ianya terbuka kpd semua (sejajar dgn dasar FIFA).

Oleh itu diseru kpd mereka2 yg berminat terutama pemain2 yg pernah mewakili Brunei Darussalam ke beberapa kejohanan jemputan antarabangsa sebelum ini supaya mendaftar menjadi ahli seberapa segera bagi membolehkan mereka bergiat cergas. Insya-Allah, VFA telah merancang & akan melaksanakan beberapa program yg mampu memberi satu nafas baru kpd perkembangan bola sepak di peringkat veteran.

Butiran Mesyuarat Agong Penubuhan VFA ;

Tarikh: 29hb. Nov 2009 (Ahad)
Masa: 7.45 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat, Stadium Tertutup, Komplek Sukan Negara, Berakas.

Prof: Selain melakukan aktiviti2 khusus kpd veteran, VFA turut bersedia menghulur tangan kpd pihak2 tertentu bagi membantu perkembangan & kemajuan bola sepak di Brunei DS.

Tiada ulasan: