Selasa, 3 November 2009

JUARA EPL - THE REDS TERPAKSA TUNGGU MUSIM DEPAN

Situasi terkini jelas melihatkan kpd kita Rafael Banitez dlm keadaan cukup tertekan.

Ini adalah tanggapan saya! Jangan marah kpd penyokong fanatik Liverpool (saya juga peminat tegar The Reds). Pendapat ini saya kemukakan berdasarkan pengalamam, statistik, sejarah dan penilaian kpd prestasi lawan. Bagi saya takhta EPL bakal direbut oleh Chelsea, Man Utd & Arsenal, malah Man City atau Spurs masih belum mampu menguggat.

Ketiga2 kelab tersebut hanya tewas 2 kali setakat ini sementara 5 kpd skuad Rafael Banitez. Terbaru ialah tewas 1-3 kpd Fulham di Craven Cottage. Gerrard masih belum pulih manakala Fernando Torres juga tidak berada dlm tahap cergas 100%. Inilah sahaja 2 senjata utama Liverpool, sementara Chelsea, Man Utd & Arsenal memiliki ramai lagi pemain cukup berkualiti, cergas dan pd tahap dunia.

Chelsea mempunyai banyak kelebihan & pilihan dari segi pemain sama ada bahagian pertahanan, midfield ataupun serangan. Kita telah melihat bagaimana Carlo Ancelotti telah berkali2 menggunakan pilihan pemain midfield yg pelbagai utk membantu Nicholas Anelka & Drogba di hadapan; dgn Frank Lampard, Essien & Michael Ballack kekal diturunkan, pengurus dari Itali itu sering menukarkan gandingan di sayap antara spt Malouda, Soloman Kalou, Deco dan kini Joe Cole telah muncul kembali. Pertahanan skuad The Blues itu juga mantap dgn gandingan John Terry & Cavalho di tengah serta Ashley Cole (kiri) & Bosingwa (kanan), malah mereka sering menjaringkan gol musim ini.

Manakala bagi Alex Ferguson pula titik perubahan mereka ialah tatkala 'window transfer' bulan Januari nanti. Ferguson masih belum menggunakan sepenuhnya senjata utamanya ini iaitu wang!. Memang waktu ini barisan serangan Red Devils masih belum menggegar (Berbatov, Rooney & Owen). Tetapi dgn 'wang saku' yg banyak hasil penjualan Ronaldo kpd Madrid akan digunakan sepenuhnya oleh Ferguson dan khabarnya beliau sdg dlm perundingan utk menambat dua penyerang Sepanyol, David Villa & David Silva. Jika ini menjadi kenyataan maka 'malapetaka' kpd kelab2 lain dlm EPL.

Arsenal sudah mula melihatkan taringnya. Samir Nasri dan Eduardo bakal membarisi kesebelasan utama setelah pulih dari kecederaan. Lihat sahaja bagaimana corak mereka bermain ketika membenam Spurs 3-0 minggu lalu. Ditambah dgn kehadiran kedua2 pemain midfield & penyerang itu serta sentuhan berbisa Robie van Persie mula menyerlah, jawapannya 'malapetaka kedua' kpd kelab2 EPL lainnya.

Apa yg ada pd Liverpool ialah mengharapkan 'El Nino' Torres & Gerrard kembali pulih 100%, ketiga2 pencabar ini tewas sekurang2nya 3 perlawanan lagi, Liverpool mesti menang semua pelawanan berbaki dan yg terakhir ialah ada 'billionaire' yg sanggup mencurahkan wang tunai utk membeli saham Liverpool & seterusnya membawa pemain2 ternama dunia ke Anfield, sekurang2nya 2 org iaitu penyerang & midfield. Jika semua ini tidak berlaku maka para peminat The Reds cuma mengharapkan agar Chelsea juara EPL musim ini dan bukan Man Utd kalau tidak 'pedih hati' melihat peminat Red Devils bergembira mendahului Liverpool dgn 19 kejuaraan liga (kini terikat 18 kejuaraan antara keduanya).

Prof: Masih terbayang2 Arsenal menjualang juara liga di Anfield dgn kemenangan 2-0 sdgkan Liverpool hanya memerlukan seri utk bergelar juara. Tambah pedih gol kedua The Gunners dijaringkan pd minit ke 89.

Tiada ulasan: