Selasa, 23 Februari 2010

LIGA BRUNEI PERLU PERUBAHAN


'Ada hikmah disebalik sesuatu peristiwa', 'Ada yang tersirat disebalik yang tersurat', 'Kegagalan mengajar kita menjadi lebih baik dan sempurna'. Demikianlah antara kata2 pujangga atau ahli falsafah atau kata2 hikmat atau apapun saja nama yg kita ingin labelkan kpd ungkapan2 tersebut. Ianya berlalu setiap saat dlm kehidupan kita. Malangnya ramai antara kita yg tidak sedar atau tidak memahami atau tidak ambil peduli kerana tidak memberi keuntungan kpd kita secara langsung. Itulah putaran kehidupan & realitinya.

Sedar tidak sedar kita sudah berada dlm tahun 2010. Rasanya baru kelmarin kita heboh & hiruk-pikuk menyambut 'millenium' 2000. Rupanya sudah 10 tahun kita berada dlm abad ke 21. Dunia semakin canggih. Dunia berubah setiap saat. Teknologi baru makin rancak dicipta utk kemudahan manusia sejagat (walaupun tujuan asalnya adalah utk mengaut keuntungan atau menjadi raja kpd sesuatu bidang) dan kita sebagai manusia pengguna terus tertarik (meminati) lalu menguna pakai sesuatu teknologi jika ianya mendatangkan kebaikan kpd diri atau keluarga kita.

Contohnya; ketika saya mula2 berkecimpung dlm dunia kewartawanan kira2 27 tahun lalu (1983) bersama Majalah LIGA (majalah bolasepak pertama di Malaysia), setiap kali mendpt tugasan saya pulang ke pejabat utk menaip (atau dibuat di rumah) sesebuah artikel. Begitu juga ketika bertugas dgn akhbar harian, jika ada perlawanan bolasepak sebelah mlm maka kami terpaksa membawa mesin taip ke stadium sebelum dihantar melalui telex ke pejabat (selepas itu ada beberapa langkah lagi sebelum akhbar dicetak).

Namun kini semua itu tidak perlu saya lalui lagi. Dgn berbekalkan sebuah laptop, kamera digital & modem (atau di tempat ada wifi), saya boleh terus menghantar artikel & gambar ke pejabat utk cetakan. Ianya berlaku tidak sampai 15 minit! Dulu ianya mengambil masa kira2 5-7 jam. Anda bayangkan betapa dunia berubah dgn begitu pantas. Samalah juga halnya dgn bidang2 lain dlm kehidupan kita sekarang.

Ya, begitulah jugalah yg saya harapkan kpd Liga Brunei. Sedar tidaka sedar sudah 6 edisi Liga Brunei atau lebih glamour dgn panggilan B League sejak edisi pertama mengambil tempat pd 2002. Saya kira B League perlu perubahan dari format yg ada sekarang. Itulah yg saya maksudkan dgn beberapa ungkapan atau kata2 pujangga di atas tadi. Sesungguhnya kamelut yg melanda kancah bolasepak Brunei DS saat ini merupakan satu rahmat kpd FFBD (atau siapa saja pihak yg diputuskan utk mejadi badan induk). Ianya memberi peluang kpd FFBD utk membuka lembaran baru, membuka buku baru atau membuat perubahan secara total atau menyeluruh terhadap segalanya dlm dunia bola sepak tempatan.

Sejak 2002, B League saya lihat telah gagal utk menarik minat para penyokong bola sepak tempatan utk menyaksikan setiap perlawanan. Hanya keluarga & kenalan rapat para pegawai & pemain sesebuah kelab yg dtg menyaksikan perlawanan, saya kira dlm 50-100 org utk perlawanan yg melibatkan kelab ternama atau tangga teratas liga. Namun kerusi penonton hampir kosong jika melibatkan perlawanan2 kelab2 bawahan.

B League sudah tidak kompetetif lagi dan gagal menarik minat peminat2 bola sepak. Kerana apa perkara ini berlaku? Bagi pendapat saya ini berlaku kerana mutu permainan, prestasi pasukan kebangsaan dan yg paling utama ialah terlalu banyak kelab/pasukan yg bertanding sehingga menyebabkan peminat keliru kelab mana yg harus disokong.

Australia sebuah negara besar yg mempunyai penduduk jauh lebih ramai & sumber ekonomi yg juga lebih besar, A League hanya mempunyai 10 kelab beraksi sedangkan B League mempunyai 20 buah kelab (dgn kepadatan penduduk hanya 250 ribu & sektor perekonomian 95% bergantung kpd kerajaan). Bagaimana 20 buah kelab dlm sebuah negara kecil dari segi saiz, bilangan penduduk serta kek ekonomi yg kecil mampu utk bersaing & maju?

Memang kita sangat setuju jika tujuan utk memberi peluang kpd byk kelab2 baru muncul. Tetapi apakah ianya akan muncul hari ini & lusa tutup buku? Dan datang lagi kelab baru, dua/tiga tahun selepas itu tutup pula dan diganti dgn kelab lain pula. Mungkin di negara lain kita boleh menerima hakikat ini - mana2 kelab yg tidak mempunyai kewangan jgn mimpi utk menyertai liga, penganjur hanya menerima kelab yg mempunyai sumber kewangan kukuh. Di negara lain mereka mempunyai sektor swasta yg kukuh perniagaan mereka. Ada sektor swasta yg membelanjakan wang tajaan hingga $100 juta setahun. Tetapi di Brunei bagaimana? Utk mencari sebuah syarikat swasta yg sanggup menaja sesebuah kelab $10 ribu setahun pun susah. Bagaimana kelab2 mahu maju jika terdpt byk kelab namun tiada sumber kewangan?

Saya mencadangkan jawapan kpd persoalan2 di atas. Spt pandangan saya melalui tajuk artikel ini, B League perlu perubahan drastik. Dlm lain perkataan, B League mesti hadir dgn format baru bagi menambah kualiti, lebih kompetetif dan mampu menarik minat para peminat bola sepak membanjiri setiap perlawanan yg dilangsungkan.

Mungkin FFBD boleh mempertimbangkan langkah2 berikut;

1. Cergaskan kembali persatuan2 daerah dan wujudkan liga di setiap daerah.

2. Setiap daerah akan memilih pemain terbaik dari liga tersebut utk mewakili daerah ke liga kebangsaan (B League).

3. Liga Kebangsaan (B League) hanya dianggotai oleh kira2 5-6 pasukan (empat daerah dan pasukan2 jemputan spt ABDB atau DPMM FC, QAF FC & AM Gunners) sahaja.

Antara kesan positif dari perubahan ini ialah;

1. Mutu permainan bertambah baik kerana persaingan bermula dari liga daerah lagi & pemain2 yg mewakili daerah2 adalah yg terbaik di setiap daerah.

2. Oleh kerana ianya bersifat daerah maka lebih ramai penonton akan menyaksikan setiap perlawanan.

3. Bila liga sudah kompetetif & mempunyai bilangan penonton yg ramai maka sykt swasta akan bersedia utk mencurahkan wang mereka kpd pasukan2 dlm B League.

4. Kita dpt memilih pemain2 yg berkualiti utk mewakili negara utk kejohanan2 antarabangsa.

5. Menggalakan 'domestic tourism' apabila perlawanan berlangsung antara daerah.

6. Lebih teratur & mudah diuruskan.

BERSAMBUNG......

Prof: Sedih melihat ada kelab2 yg terpaksa berkubur & dtg pula kelab2 baru yg tidak diketahui tahap kematangan mereka. Menubuh kelab bukan hanya mampu mengumpul pemain atau memiliki dana, ianya lebih dari itu.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya begitu tertarik dengan cadangan dan pendapat YM Prof, Dalam apapun dalam kelab atau persatuan hendaklah mempunyai pendaftarab yang sah dari ROS,kita perlu menghormati undang2 negara kita dalam Perintah Darurat 2005. Bagi kita yang sudah mempunyai kelab yang sah memang setentunya kita akan berusaha keras untuk mendapatkan kewangan yang diperlukan melalui tajaan yang dibenarkan oleh KHEDN.

Tanpa Nama berkata...

Jika YM Prof boleh menerima juga cagangan saya yang baru berusia setahun jagung ini untuk sama-sama melihat pentas dunia bolasepak kebangsaan yang di tabik oleh semua jenerasi ialah :-
1.biar pasukan terdiri dari atas nama Daerah Brunei Muara, Daerah Belait, Daerah Tutong, Daerah Temburong.
2.Biarlah pasukan2 yang bakinya itu adalah pasukan yang terkuat dalam Liga Daerah Masing-masing (JOhan atau Naib Johan).
3.Istilah 'aku besar' patut dihapuskan dalam diri individu.kita tidak memandang pasukan itu dari mana. yang lebih menyenangkan ialah pulangkan semua pasukan2 yang berada dalam liga kebangsaan kepada pemiliknya iaitu di daerah masing-masing.
4. Serahkan kepercayaaan kepada pemengang mereka sebelum dilepaskan kepada liga kebangsaan.

Shah Alam berkata...

Ani sebagai Contoh pasukan dalam LIGA BRUNEI:

Brunei FC
Bangar FC-(Temburong)
MS ABDB
MS PDB
Muara Vella FC
KB Stars FC-(kuala Belait)
Seria Utd
Tutong Hotspurs-(Tutong)

Insha Allah 8 pasukan ani bulih sja memeriahkan Liga Brunei ni...Bubarkan team lama cuba pakai format contoh diatas..format perlawanan mcm biasalah ada Home-Away di setiap venue daerah..setiap venue kompom meriah ni n kompom ada saingan..

dengan cara cmani Insha Allah Liga Brunei bulih maju...dan sanang mencari bakal2 pemain kebangsaan...wassalam..

Shah Alam berkata...

Ani sebagai Contoh pasukan dalam LIGA BRUNEI:

Brunei FC
Bangar FC-(Temburong)
MS ABDB
MS PDB
Muara Vella FC
KB Stars FC-(kuala Belait)
Seria Utd
Tutong Hotspurs-(Tutong)

Insha Allah 8 pasukan ani bulih sja memeriahkan Liga Brunei ni...Bubarkan team lama cuba pakai format contoh diatas..format perlawanan mcm biasalah ada Home-Away di setiap venue daerah..setiap venue kompom meriah ni n kompom ada saingan..

dengan cara cmani Insha Allah Liga Brunei bulih maju...dan sanang mencari bakal2 pemain kebangsaan...wassalam..