Selasa, 9 Februari 2010

TAHNIAH LLRC FT - JUARA PERDANA DUA

Pemain-pemain LLRC FT meraikan kejayaan mereka menjuara Perdana Dunia Liga Brunei setelah menumpaskan Menglait FC 2-1. - Foto dipetik dari blog rasmi LLRC FT.

Menewaskan Menglait FC 2-1 dlm perlawanan terakhir mereka dan seterusnya mengumpul 28 mata dari 10 perlawanan Perdana Dua Liga Brunei tanpa kalah, dinobatkan sebagai juara dan beraksi di Perdana Satu musim depan. Satu lagi slot ke Perdana Satu nampaknya perebutan antara KS Jabatan Penjara (23 mata-9 perlawanan) dan Lun Bawang (16 mata-7 perlawanan).

KS Jabatan Penjara boleh menduduki tangga kedua dengan syarat memenangi perlawanan terakhir mereka. Namun jika kalah atau seri dan Lun Bawang pula menang baki 3 perlawanan berbaki maka wakil daerah Temburong itu yg mara menemani LLRC FT ke Perdana Satu musim depan.

Dalam perkembangan Perdana Satu pula nampaknya NBT FC & Brunei Shell FT pasti turun ke Perdana Dua kerana kedua2 pasukan itu menghuni dua tangga corot dgn hanya mengumpul 5 mata. Kota Ranger FC pula yg selama ini terkenal sebagai sebuah kelab yg gagah namun menerima nasib malang kerana bakal terkeluar dari persaingan liga kerana hanya memiliki 1 mata setakat ini dan tidak pernah menang satu perlawanan pun.

Syabas kpd kelab2 yg bermain dgn konsisten sementara kpd kelab2 yg merudum persembahan mereka sudah pasti banyak kerja pembaikan perlu dilakukan sama ada pemilihan pemain, corak latihan dan cara mengurus kelab2 tersebut. Walaupun kancah antarabangsa terpaksa dilupakan buat sementara waktu akan tetapi 'life must goes on', kita perlu terus melaksanakan aktiviti2 pembangunan bola sepak di setiap peringkat utk masa depan negara.

Prof; Saya akan mengupas secara terpeinci Liga Brunei ini sebaik shj liga berakhir. Diharap pihak FFBD dpt menerima kritikan & saranan saya nanti, itulaha peranan yg mesti saya mainkan demi menaikkan martabat bola sepak Brunei DS.

Tiada ulasan: