Isnin, 1 Februari 2010

MESIR JUARA AFRIKA

Ahmad Hassan, kaptek pasukan Mesir sdg menjualang piala African Cup of Nations.

Mohamed Gedo (kiri) berlari kegembiraan sebaik menjaringkan gol kemenangan Mesir ke atas Ghana sambil dikejar oleh Mohamed Zidan.

Sesuai dgn status sebagai sebuah negara yg memiliki sejarah tua, Mesir mencipta sejarah lagi sebagai negara Afrika pertama menjadi juara 'hattrick' African Cup of Nations 2010 setelah menenag tipis 1-0 mengalahkan skuad The Black Star Ghana dlm perlawanan akhir di Stadium 11 November, Luanda, Angola.

Namun jaguh benua Afrika itu terpaksa menanti hingga minit ke 85 sebelum Mohamed Gedo menjaringkan satu-satunya gol dlm perlawanan akhir itu. Sebelum ini Mesir menjadi juara pd edisi 2006 (Mesir) dan 2008 (Ghana). Paling manis kejayaan kali ini adalah sebagai penawar duka setelah gagal layak ke Piala Dunia 2010 Afrika Selatan.

Namun berita agak mendukacitakan adalah CAF (badan induk bolasepak Afrika) telah menggantung Togo dari menyertai dua edisi akhir African Cup of Nations (2012 & 2014) kerana menarik diri utk pusingan akhir kali ini setelah rombongan mereka diserang pasukan bersenjata dan membunuh 3 org pegawai Togo.

Tiada ulasan: