Ahad, 7 Februari 2010

BOLASEPAK BRUNEI, ALAHAI....

Pd mulanya saya ingin mendiamkan diri sahaja mengenai isu terbaru bola sepak Brunei - "Brunei Digantung oleh FIFA Hingga Jun 2013". Sebenarnya saya malas & tak bernafsu utk memperkatakan apa2 mengenai kamelut yg melanda bola sepak Brunei ini. Lebih baik saya tumpukan memberi pandangan & kritikan membina kpd FFBD yg kini sdg menggalas tugas membangunkan bola sepak Brunei (kerana FFBD diluluskan oleh pihak berwajib - Pendaftar Pertubuhan & JBS).

Namun, beberapa jam sebelum ini, tatkala menikmati sarapan pagi di pagi minggu ini, saya seolah2 terpanggil utk menukilkan sesuatu. Sebenarnya, maklumat yg mengatakan "Brunei Digantung oleh FIFA Hingga Jun 2013" itu dipetik oleh akhbar tempatan dari laman sesawang (web) rasmi DPMM FC. Menurut berita itu lagi, mereka (akhbar) tidak tahu dari mana fakta tersebut boleh terdpt dalam laman web DPMM FC. Malah apabila dihubungi oleh sebuah akhbar, salah seorg pegawai DPMM FC tidak mengetahui duduk perkara sebenar.

Saya sendiri apabila membuat semakan ke laman web rasmi FIFA mendpti tiada apa2 yg baru, BAFA masih wujud dlm senarai ahli gabungan FIFA dgn senarai AJK baru. Yang menjadi persoalan ialah masyarakat & rakyat negara ini serta para penggiat bola sepak dan peminat masih tertanya2 apakah perkara sebenar kedudukan bola sepak kitani.

Nasihat saya kpd sesiapa yg memiliki maklumat sah atau sahih mengenai bola sepak Brunei, janganlah diselindungkan dari pengetahuan umum. Maklumat itu penting dlm usaha kita sama2 utk membangunkan sukan bola sepak yg kita minati ini. Sebenarnya masalah ini sudah 'bercandu' dlm hirarki kepimpinan bola sepak kita sejak berpuluh tahun lamanya. Masing2 cuba membuatkan maklumat umum menjadi kpd 'ekslusif' milik mereka sahaja. Dlm dunia tanpa sempadan ini, apatah lagi maklumat yg begitu bermanfaat kpd masyarakat ramai, hendaknya terus disalurkan demi kebaikan bersama.

Dalam konteks & permasalahan bola sepak Brunei ini, apa shj perkembangan terbaru mengenai bola sepak Brunei hendaklah diberigakan kpd umum. Ini bukan shj tugas nombor wahid kpd mereka2 yg bertanggungjawab kpd sukan bola sepak ini malah ianya adalah hak mutlak rakyat, penggiat dan peminat bola sepak seluruhnya. Dengan sedikit maklumat kita dpt membuat persiapan dan projek pembangunan utk jangka panjang.

Jadi, hindarkanlah sindrom 'membisu & ekslusif' yg selama ini melanda bola sepak Brunei. Tidak cukupkah lagi dgn apa yg berlaku selama ini? Bukankah itu terjadi kerana sindrom 'membisu & ekslusif' sesetengah pihak? Sehingga sahabat di sebelahpun tidak diberitahu maklumat penting utk kepentingan bola sepak negara. Memang pisang tidak berbuah dua kali tetapi kadang2 pisang bukan sahaja berbuah dua kali malah tiga, empat dan lima kali.

Sebelum saya berundur dari mengatur kata2 di pagi minggu ini, sila renung ranking FIFA 11 buah negara anggota AFF (Asean) dari 203 ahli FIFA.

1. Thailand - 98
2. Vietnam - 116
3. Singapura - 120
4. Indonesia - 136
5. Myanmar - 141
6. Malaysia - 159
7. Filipina - 167
8. Kemboja - 173
9. Laos - 179
10. Brunei DS - 191
11. Timor-Leste - 200

Prof: Terlalu banyak utk diperbaiki dlm bola sepak kitani. Entah bila akan selesai dan apakah kita mampu menanganinya dgn tuntas & cekap. Wallah hu aklam.

Tiada ulasan: