MENGKRITIK tidak bererti menentang, MEMUJI tidak semestinya menyokong, MENEGUR tidak bermaksud membenci, BERBEZA pendapat adalah teman berfikir yang baik.
Sabtu, 27 Februari 2010
PSSI DIDENDA ANGKARA PENONTON
Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) telah didenda US$5,000 oleh Asian Football Confideration (AFC) gara2 penonton mereka tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia 'Negaraku' sebelum bermulanya perlawanan separuh akhir antara Indonesia & Malaysia dlm pusingan kelayakan Futsal Piala Asia di Jakarta beberapa hari lalu.
Para penonton yg hadir di dlm stadium tertutup itu enggan berdiri tatkala 'Negaraku' dimainkan malah mereka sebaliknya menyanyikan pula lagu kebangsaan Indonesia 'Indonesia Raya' dgn kuat hingga menenggelamkan lagu 'Negaraku'. Perbuatan tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pegawai & pemain Malaysia sehingga memaksa pengurus pasukan Malaysia membuat bantahan rasmi kpd AFC.
Persoalan di sini ialah bukan jumlah denda tersebut kerana kita percaya sebagai persatuan kebangsaan PSSI mampu membayar denda AS$5,000 itu. Tetapi apa yg lebih mustahak utk kita ambil contoh & tauladan ialah sikap penonton itu sendiri. Sebagai penonton tuan rumah mereka wajib menghormati pasukan pelawat & sebolehnya jgnlah melakukan perkara yg menjatukan maruah negara lain apa lagi negara jiran.
Alhamdulillah kita di Brunei Darussalam tidak bersifat demikian & tidak akan melakukan perkara2 negatif sampai bila-bila.
Prof: Teringat dlm tahun 80'an Singapura pernah digantung penyertaan dlm Piala M'sia selama 5 tahun kerana enggan hadir dlm jamuan mkn malam di Istana Johor selepas satu perlawanan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan