Khamis, 18 Februari 2010

QAF FC JUARA PERDANA 1 LIGA BRUNEI

Sekalung tahniah diucapkan kpd kelab QAF FC setelah berjaya mempertahankan mahkota kejuaraan Perdana 1 Liga Brunei Musim 2009/2010. Kemenangan kali ini adalah hattrick setelah muncul juara dua musim sebelumnya & ini juga merupakan rekod bagi kejohanan liga bola sepak di Brunei Darussalam. Juara2 liga sebelum ini spt Kota Ranger FC, MS ABDB, DPMM FC & Wijaya FC belum pernah muncul juara hattrick.

Syabas juga diucapkan kpd teman & rakan seperjuangan Ali Mustafa selaku ketua jurulatih QAF FC. Dari awal musim memang saya sudah menjangkakan QAF FC akan berjaya mempertahankan kejuaraan itu. Setiap kali saya mengucapkannya kpd Ali Mustafa, jelas beliau merasa tertekan. Ali masih beranggapan bahawa pasukan2 lain juga berkualiti walaupun kelab kendaliannya memiliki pemain import dari Cameroon, Viban Francis Bayong.

Nampaknya beberapa kelab pendatang baru mencuri tumpuan kali ini, umpamanya AM Gunners FC & Majra FC, sementara kelab2 lama spt Wijaya FC, AH United, Jerudong FC & Indera SC terkial2 utk menyesuaikan diri dgn situasi semasa. NBT FC atau BSFT pasti turun ke Perdana Dua sambil LLRC FT pula memulakan cabaran di Perdana Satu musim depan disamping KS Penjara yg akan bermain playoff utk merebut satu lagi slot. Namun saya yakin utk persaingan musim depan ianya akan menjadi lebih menarik.

Ucapan tahniah tidak lengkap jika tidak ditujukan kpd rakan2 yg lain dlm QAF FC iaitu Rahim Daud (Pengurus), Hj Ismail Hj Pungut (Penolong Jurulatih), Radiman Lamit, Riwandi Wahit, Hardi Bujang, Md Mardi Mirza Bujang Abdullah, Mohd Sahan Mumtaz Ali, Ak Kamarul Ariffin Pg Ramli (pemain) dan lainnya. Bersedialah dari sekarang kerana cabaran musim depan pasti lebih getir. AM Gunners FC pasti cuba memancing pemain import, Majra FC juga ingin memantapkan gandingan dan pasti akan memancing pemain2 utama tempatan serta Indera SC juga semakin mantap dgn kehadiran Sairol Hj Sahri, Mohd Azwan Salleh & Helmi Zambin dari DPMM FC.

MS ABDB spt biasa akan mempergunakan kelebihan memiliki anggota skuad yg memang cergas setiap masa. AH United jika tidak melakukan rombakan dari segi pengurusan, latihan & barisan pemain tidak mustahil akan terjerumus ke Perdana Dua. Apapun, saya ingin mengingatkan sekali lagi kpd FFBD (pihak penganjur), biarlah ketua pasukan yg menerima piala kejuaraan, kekalkanlah tradisi ini.

Prof: Sedih melihat kelab2 lama terus merudum. Masalahnya adalah pengurusan & latihan yg tidak efektif serta gagal menambat hati pemain2 berbakat. Selesaikanlah masalah itu pasti awda berjaya. Sekarang kita hidup dlm zaman millenium, bukan lagi era 80 & 90 an. Pemikiran lama tidak sesuai lagi.

Tiada ulasan: