Selasa, 29 September 2009

BERITA BAIK UTK PENYOKONG THE RED

Tom Hicks & George Gillet saat menjadi pemegang saham terbesar dlm Liverpool Inc. Mereka tidak membawa kejayaan kpd The Reds, bagus juga mereka menjualnya kpd taikun Arab Saudi.

Kevin Keegan (duduk, tiga dari kanan) selaku kapten, jurulatih & pemain dlm skuad Harimau Malaysia dlm kejohanan Pestabola Merdeka sekitar awal 80an.

Rasanya inilah buat pertama kalinya saya mencatatkan posting mengenai kelab Liverpool@the red, kelab yg paling saya minati. Mengimbau kenapa saya meminati Liverpool. Sekitar tahun 1970an saat saya masih bermastautin di tanah tumpah darah saya iaitu di Mersing, Johor Darul Takzim, Malaysia, ketika itu RTM2 (kalau tak silap saya) telah menyiarkan ulangan perlawanan World Club Cup atau dulu dikenali sebagai Toyota Cup- yg pertama setelah terhenti beberapa tahun - di Tokyo, Jepun, yg mempertembungkan juara Amerika Latin, Flamengo (Brazil) dgn bintangnya Zico dan Juara Eropah, Liverpool. Walaupun Liverpool kalah 0-3 kpd Flamengo namun hati saya telah terpaut terus kpd Liverpool, entah kenapa. Sebelum itu saya belum mempunyai kelab pujaan, saya sering membaca majalah Shoot dan turut tertarik kpd Manchester Utd, Spurs & Arsenal. Namun setelah melihat aksi Kevin Keegan & rakan2 di tv maka hati saya terus terpaut kpd Liverpool. (Mungkin jika kelab lain yg saya tonton di tv saya tidak akan menjadi peminat setia Liverpool hehe).

Sebelum saya memperkatakan mengenai tajuk di atas, suka saya ingin berkongsi pengalaman dgn anda mengenai satu lagi cerita yg ada sangkut-paut dgn Liverpool. Sekitar awal tahun 1980an, Pestabola Merdeka merupakan satu kejohanan bola sepak yg paling berprestij di Asia maka setiap kali ianya dianjurkan pasti disertai oleh negara2 gergasi bola sepak Asia spt Korea Selatan, Jepun, China, Arab Saudi, Iran, Iraq, New Zealand dan termasuklah beberapa negara Afrika spt Maghribi, Tunisia, Ghana & Libya.

Sebagai penganjur FAM telah menyediakan dua buah pasukan iaitu pasukan utama & Harimau (pasukan pelapis). Jadi utk memberi pendedahan yg terbaik kpd pemain2 ini FAM telah mengambil beberapa org pemain ladenda sebagai players/coach kpd pauskan Harimau, antara pemain lagenda dunia yg pernah bersama Harimau ialah George Best, Kevin Keegan & Trevor Brooking. Sebagai wartawan sukan sebuah akhbar harian di Kuala Lumpur ketika itu saya telah ditugaskan utk membuat liputan harian Pestabola Merdeka.

Kesemua pasukan telah ditempatkan di Hotel Federal & di sanalah juga kami para wartawan berkampung bagi mendptkan berita dari pasukan2, jurulatih & pemain. Maka setiap hari jugalah saya berkesempatan berjumpa & berbual dgn pemain pujaan saya iaitu Kevin Keegan. Rupanya Keegan bukanlah seorg yg sombong atau meninggi diri malah setelah kenal mesra selalunya beliaulah yg menyapa saya apabila berjumpa di lobi hotel berkenaan. Dlm kesempatan itu saya sempat bertanyakan pelbagai soalan mengenai bola sepak kpdnya & byk intipati perbualan kami itu ada saya ceritakan kpd rakan2. Itulah kehidupan, siapa sangka, dari seorg budak kampung yg sangat meminati Liverpool akhirnya bertemu & bersahabat dgn pemain lagenda pujaannya iaitu Kevin Keegan. Itulah secebis kenangan saya dgn kelab paling berjaya di Engkand iaitu LIVERPOOL.

Okey, sekarang saya ingin memperkatakan mengenai persoalan yg menjadi tajuk posting saya kali ini iaitu berita baik utk peminat Liverpool. Berita baik kerana taikun @ org kaya dari Arab Saudi sudi melabur kira2 200-350 juta paund (50% saham) yg kini majoritinya dipegang oleh usahawan Amerika, Tom Hicks & George Gillets. Dgn wang pelaburan itu maka dptlah Rafael Banitez memperkukuhkan skuadnya dgn memberi pemain2 handalan bagi menyaingi apa yg dimiliki oleh Alex Ferguson (Man Utd), Carlo Ancelotti (Chelsea), Arsene Wanger (Arsenal) & Mark Huges (Man City). Faktor wang adalah jurang pemisah antara kelab2 tersebut & Liverpool, bagi saya jika Banitez memiliki kekuatan wang sudah lama Liverpool dpt menjuarai EPL.

Dlm satu2 musim Liverpool hanya mampu membeli seorg pemain yg berharga melebihi 20 juta paund & selebihnya pemain berharga sekitar 5-10 juta paund. Berbanding dgn Man Utd yg membelanjakan puluhan juta paund utk membawa pemain2 bintang spt Les Ferdinand, Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo, Dimitar Bebatov, Owen Hangraves, Maichael Carrick, Anderson, Nani, Patrice Evra dll. Begitu juga kita tahu bahawa Roman Abramovic (Chelsea) telah menghabiskan ratusan juta paund utk membawa pemain2 bintang ke Stamford Bridge. Paling terbaru ialah ialah curahan wang tunai membantu Man City menjadi kuat musim ini dgn membeli bintang2 spt Wayne Bridge, Kalou Toure, Adebayor, Carlos Tevez, Robinho dll.

Berbanding Liverpool, hanya mampu membeli Glen Johnson. Utk bergelar juara sesebuah kelab itu memerlukan wang yg banyak utk membeli pemain2 berbakat & ternama kerana komitmen yg padat (3 kejohanan domestik & 1 eropah - tidak termasuk jika pemain mewakili negara maisng2). Kini Liverpool hanya memiliki Fernando Torres sebagai penyerang bertaraf dunia & beliau perlu seorg lagi pemain setarafnya utk membawa cabaran Liverpool. Begitu juga gandingan buat Jamie Garranger di bhgian pertahanan tengah. Midfield pula Steven Gerrard mungkin memerlukan seorg lagi pemain bertaraf dunia utk menambah sengat & mempelbagaikan corak serangan bagi membantu Mancherano, Riera, Benayoun, Liucas, Ryan Babel & Gerrard sendiri. Jika wang pelaburan Prince Faisal bin Fahd bin Abdullah itu benar2 menjadi maka saya yakin penantian selama 18 tahun (menjuarai EPL) akan tercapai.

Harap para peminat The Reds akan bersabar bagi menanti perkembangan selanjutnya.

Prof: Apa khabar Pg Amirrizal di Temburong? Beliau ini peminat 'tegar' The Reds. Beliau selalu mengimpikan utk mengambil alih tugas Banitez membeli mana2 pemain yg disukainya. Hehehehe.

2 ulasan:

RABUN berkata...

suka ngan artikel anda, saya salah seorang penyokong Liverpool...selamat membloger

Saleha berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.