Sabtu, 12 September 2009

REAKSI KPD PERSOALAN DLM AKHBAR MENGENAI BOLASEPAK DI BRUNEI

Saya mengambil inisiatif ini utk menerangkan dua perkara yg diutarakan oleh para pembaca dlm sebuah akhbar harian minggu lalu melalui satu ruangan memandangkan selama ini tiada pihak yg tampil utk menerangkan kpd public mengenai permasalah2 bola sepak di Brunei ini. Saya tidak mahu public dibiarkan tertanya2 mengenai pelbagai masalahan yg tiada jawapan. Ini merupakan perkembangan tidak sihat kpd bola sepak kitani.

1. Kenapa wakil BAFA tidak memberikan sebarang kenyataan berkenaan kamelut yg melanda bola sepak Brunei? JAWAPAN - Mereka (wakil BAFA) tidak dpt berbuat apa2 dlm hal ini kerana sebagai sebuah pertubuhan yg telah diharamkan pendaftarannya oleh pihak berwajib, mereka tidak boleh memberikan apa2 kenyataan bagi pihak BAFA. Mungkin jika segalanya selesai nanti, ada pihak yg berani utk menceritakan atau memberi maklum balas kpd public.

2. Kekurangan padang utk berlatih - JAWAPAN - Memang kita akui bahawa padang utk latihan di Brunei amat berkurangan berbanding jumlah kelab yg aktif menyertai kejohanan2 yg dianjurkan. Malah kelab Liga Perdana Liga B pun masih byk yg tidak mempunyai padang latihan sendiri. Hanya sebahagian kecil kelab yg mempunyai padang sendiri terutama wakil2 kelab sukan jabatan tertentu. Yang lainnya hanya menumpang kpd padang2 awam yg turut digunakan oleh orang ramai.

Keperluan padang latihan amat mustahak & mendesak kpd sesebuah kelab. Tanpa padang latihan mustahil mereka dpt berlatih dgn sempurna dan seterusnya mempamerkan permainan bermutu. Penghujung jawapan masalah ini ialah mutu bola sepak kita masih ditakuk lama, dlm lain perkataan - tiada perkembangan. Beberapa tahun lalu saya sudah mencadangkan agar BAFA/Liga B menguasahakan supaya kelab2 yg menyertai Liga B dpt menggunakan padang2 yg dimiliki oleh JBS atau pihak sekolah2 secara berjadual, sebagai contoh sesebuah kelab diberi penggunaan 3 kali dlm seminggu. Pihak BAFA/Liga B hanya perlu membuat perundingan dgn JBS atau Jabatan Sekolah2. Namun sampai saat ini, liga baru pun sudah bermula, masalah yg sama masih dihadapi.

Memang jadual liga boleh berjalan spt biasa tetapi setakat mana mutunya? Adakah kelab2 berjaya mengurus jadual latihan mereka dgn berkesan? Masihkah mereka menghadapi masalah menurunkan pemain setiap perlawanan? Harap Liga B dpt menyelesaikan & membuat penambah baikkan mengenai permasalahan ini.

Prof: Itu belum lagi bagaimana utk memberi ilmu pengurusan, kejurulatihan, fisio & perubatan. Byk kerja lagi yg perlu kita lakukan di samping membuat projek pembangunan jangka panjang, sederhana & pendek. Kpd ajk2 persatuan yg bakal ditubuhkan nanti selamat bertugas.

Tiada ulasan: