MENGKRITIK tidak bererti menentang, MEMUJI tidak semestinya menyokong, MENEGUR tidak bermaksud membenci, BERBEZA pendapat adalah teman berfikir yang baik.
Jumaat, 4 September 2009
TINDAKAN FIFA TERHADAP CHELSEA - SATU RENUNGAN, IKTIBAR & PENGAJARAN
Badan induk bola sepak antarabangsa FIFA telah menghukum kelab Liga Perdana England, Chelsea daripada membuat pembelian pemain selama setahun ( 2 kali 'window transfer') akibat dari melakukan kesalahan memujuk pemain remaja Lens FC dlm Ligue One Perancis, Gael Kakuta agar melanggar kontrak & berpindah ke Stamford Bridge.
Ini bermakna Roman Abrahamovic (pemilik) & Carlo Ancelotti (pengurus) terpaksa mengharapkan pemain sedia ada utk membawa cabaran mereka selama setahun ini. Jika ada pemain mereka yg tercedera atau digantung perlawanan maka ianya sebagai satu musibah kpd kelab ternama London itu. Apapun kesudahannya selepas rayuan Chelsea itu nanti ianya telah mencalar rekod pengurusan Chelsea yg selama ini dihormati ramai. Peter Kenyon selaku Ketua Pegawai Eksekutif Chelsea hendaklah bertanggungjawab dlm hal ini. Dan yg paling penting bagi kita di Brunei DS & benua Asia ini mesti ada iktibar & pengajaran dari kes ini.
Saya pernah membantu pengurusan salah sebuah kelab dlm Liga B beberapa tahun lalu dan pernah mengalami masalah perpindahan pemain antara kelab. Walaupun kini Liga B di bawah badan induk yg lain namun masih terdpt ketidakpuasan sesetengah pihak berkenaan perpindahan pemain. Selalunya yg menjadi mangsa ialah kelab2 kecil/kerdil yg tidak mempunyai tokoh di sebalik tabir pengurusan kelab atau sumber kewangan terhad atau tidak upaya menawarkan pekerjaan kpd seseorg pemain itu.
Suka saya menasihati penganjur Liga B agar memerhati dgn serius perkara ini walaupun perpindahan pemain dlm Liga B tidak melibatkan wang ringgit yg besar namun ianya menyentuh soal integriti, maruah, setia kawan & nilai2 professional. Sering kali soal perpindahan pemain diambil mudah oleh pihak penganjur, akan tetapi jika kita mahu jadi lebih baik maka semestinyalah kita belajar menjadi lebih baik setiap masa. Saya fikir soal ini (perpindahan) tidak berlaku lagi setelah bernaung di bawah badan induk baru namun masih lagi kedengaran suara2 tidak puas hati beberapa pengendali kelab. Mereka tidak mahu utk memanjangkan hal tersebut demi kebaikan bersama.
Dlm soal ini pemilik/pengurusan kelab yg ingin mengambil seseorg pemain dari kelab lain hendaknya lebih bersifat setia kawan & menghormati antara sesama. Apatah lagi 90% dari pemilik/pengurus kelab di Brunei ini saling kenal mengenali antara satu sama lain malah ada yg terikat dgn tali persaudaraan. Jadi MESTI juga kita berbudi bahasa dlm hal ini. Jikapun terlalu terdesak utk memiliki pemain kelab lain, pergilah berjumpa secara baik & berbincang dgn pengurusan kelab terbabit. Saya percaya pasti perkara ini tidak menjadi bualan atau rungutan di belakang tabir Liga B.
Harap2 Liga B akan mengambil berat & seterusnya melakar satu kaedah yg jelas serta jgn memihak kpd satu2 kelab demi kebaikan bola sepak kita. Jika semuanya ini dpt dilaksanakan dgn bersih & adil maka Liga B akan dihormati oleh semua kelab yg menyertainya. Saya hanya ingin melihat bola sepak dimainkan dgn semangat kesukanan yg tinggi & diurus tadbir dgn sebaik mungkin walau di mana ianya berada, waima di kepulauan kecil di tengah2 lautan Pasifik sekalipun. Apatah lagi di Brunei Darussalam ini.
Prof: Pernah beberapa kali mengurus perpindahan pemain2 yg juga kwn rapat dlm beberapa pasukan di M'sia suatu ketika dulu. Pengalaman menjadikan kita matang menuju hari2 mendtg.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan