Seperti yg kita ketahui Brunei DS kini menghadapi isu bola sepak yg rumit sejak hujung tahun 2008 lalu bilamana BAFA telah dibatalkan pendaftarannya & selepas itu FFBD pula ditubuhkan. Wakil FIFA yg datang ke Brunei pula membuat pendirian bahawa badan induk dunia itu hanya mengiktiraf BAFA serta menganggap pembatalan pendaftaran BAFA tidak mengikut lunas2 yg telah ditetapkan oleh FIFA.
Dalam pada itu FIFA juga mengakui bahawa pentadbiran BAFA sebelum ini menghadapi masalah & bersetuju jika ingin BAFA dihidupkan kembali hendaklah melantik satu jawatankuasa sementara (interim committee) bagi melaksakan satu mesyuarat agong baru. Itupun jika mendpt persetujuan pihak berwajib di Brunei. Maka melalui laman web www.fifa.com/association/association=bru/index.html baru2 ini sudah tersenarai jawatankuasa sementara itu.
Saya terus menghubungi salah seorg J/Kuasa tersebut dan bertanyakan apakah langkah2 seterusnya yg diambil oleh J/Kuasa Sementara bagi menyelesaikan isu tersebut. Namun kedudukan sebenarnya menurut ahli J/Kuasa itu ialah, mereka telah diberi surat lantikan akan tetapi mereka masih belum memberi jawapan utk menerima atau tidak (lantikan tersebut). Kini mereka sedang membuat rujukan kpd beberapa pihak mengenai beberapa perkara berkaitan agar tindakan mereka (J/Kuasa Sementara) nanti bertepatan dgn kehendak semasa.
Kini jelas kpd kita bahawa FIFA meneruskan maksudnya utk terus mengiktiraf BAFA (dgn melantik J/Kuasa Sementara) dan ini bermakna juga masalah BAFA tidak akan dibawa dlm kongres FIFA bulan ini (yg akan membawa natijah keahlian Brunei DS dlm FIFA akan digantung jika dibentangkan). Nampaknya kita terpaksa bersabar menanti penghujung permasalahan ini dan berdoa agar ianya memberi kebaikan kpd sukan bola sepak di Brunei DS khasnya.
Prof: Berhajat menulis buku mengenai senario bola sepak Brunei DS sejak 15-20 tahun lalu bagi menangkis sebuah buku bertajuk FIFA 172 tidak berapa lama dahulu. Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan