Setakat ini Mark Hughes masih bertahan kerana pemain2 yg dibelinya termasuk Carlos Tevez (atas) mampu bermain baik & memberi mata maksima. Tak tahulah minggu2 berikut bagaimana nasib bekas bintang Man Utd itu.
Tiada siapa dpt mempertikai bahawa EPL adalah salah satu liga terkemuka dunia saat ini. Sesiapa sahaja yg terlibat dlm kerangka EPL pasti merasai 'nikmat' sukan bolasepak kerana dlm EPL ada segala2 yg kita mahukan. Wang, glamour, kepuasan, belajar, kemasyhuran, gembira & kedukaan serta KEKEJAMAN. Kekejaman yg saya maksudkan adalah menerima arahan DIPECAT (bagi pengurus) atau DIJUAL (bagi pemain).
Saban musim kita akan menyaksikan ada sahaja pengurus2 pasukan yg dipecat kerana gagal menerajui pasukan masing2 dgn sempurna, dlm makna lain - gagal mengutip mata maksima. Itulah EPL, mahu atau tidak setiap pengurus MESTI mengutip mata maksima utk kelabnya. Itulah juga nasib yg menimpa siapa saja pengurus berkenaan. Ianya tidak mengira siapa dan sejarah seseorg pengurus itu.
Musim lalu shj EPL telah menyaksikan tiga nama besar dlm EPL sebagai pemain namun gagal menyinar sebagai pengurus telah dipecat; Roy Keane (Sunderland), Tony Adams (Portsmouth) & Paul Ince (Blackburn) disamping pengurus berwibawa Juande Ramos (Spurs).
Kini EPL berehat utk memberi laluan kpd perlawanan2 kelayakan Piala Dunia 2010. Jika dilihat kpd kedudukan setelah 4 perlawanan berlangsung 3 kelab masih belum mengecap 3 mata penuh (menang) iaitu Portsmouth, Bolton Wanderes & Blackburn. Jika liga disambung nanti & mereka masih gagal buat 3-4 perlawanan maknanya merekalah 'calon pertama' untuk meninggalkan EPL. Itulah EPL atau bolasepak professional. Keputusan adalah kayu pengukur seseorg pengurus.
Manakala bagi pemain2 pula mengalami nasib yg hampir serupa. Jika mereka gagal menyinar terutama penyerang sudah pasti mereka akan dijual dlm tempoh 'window transfer' nanti. Bagaimanapun utk musim ini kelab2 EPL tidak byk membeli pemain2 bintang hanya Manchester City yg berbelanja besar. Nampaknya Emanuel Adebayour & Carlos Tevez berjaya menjalankan tugas masing2 dgn mula menjaringkan gol2 buat kelab bimbingan Mark Huges itu.
Begitulah serba ringkas saya ingin membawa kita kpd satu senario bolasepak professional yg sebenar. Cakap2 kosong tidak diambil peduli akan tetapi keputusan terbaik adalah pilihan utama.
Prof: Kita mesti belajar dari 'kuliah' yg terhidang di depan mata ini. Uruslah kelab2 anda sebaik mungkin demi kebaikan & kemajuan bolasepak. Kpd sesiapa yg hanya ingin menumpang 'glamour' bolasepak dinasihatkan 'boleh belah'!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan