Sabtu, 26 September 2009

DPMM FC MESTI KEKAL GAGAH

Kejayaan DPMM FC menjuarai Piala Liga merupakan satu tamparan kpd kelab2 di Singapura.

Setelah rakan2 pertahanan semuanya 'ditendang dgn kad merah & digantung' maka Hj Subhi aka Jeembo terpaksa turun menggantikan posisi mereka.

Sempena bulan Syawal yg berkah ini maka saya secara rasminya menarik balik pemboikotan saya terhadap S League namun ini tidak bermakna saya telah menyerah & memperakui apa yg berlaku dlm liga tersebut malah 'soal' itu akan tetap menjadi sejarah dlm kancah bola sepak Brunei DS & Singapura serta rantau Asia Tenggara ini amnya. 'Perkara' itu memang saya yakini berlaku & ianya telah berulang beberapa kali dlm dekad2 yg lalu. Itu adalah pendirian saya yg tidak berbelah-bagi & sama sekali tidak akan berganjak. Sekali lagi saya katakan bahawa 'perkara' itu dlm Liga S yg turut melibatkan serta memberi kesan kpd persembahan DPMM FC.

Kita tinggalkan 'soal' & 'perkara' itu. Kini saya ingin memohon maaf kpd rakan2 dlm pengurusan DPMM FC serta sahabat2 pemain2 kelab ternama Brunei DS itu kerana telah agak lama tidak membuat liputan tentang mereka. Saya tahu ada antara mereka yg masih sudi melayari blog ini lebih2 lagi sewaktu mereka berada di perantauan. Insya-Allah selepas ini saya akan kembali memberikan liputan atau pandangan2 mengenai permainan mereka (DPMM FC) atau apa saja kegiatan mengenai mereka dlm kadar yg termampu.

Spt yg kita telah ketahui bahawa ketiga2 pertahanan telah digantung akibat insiden kad merah di Stadium Negara Hassanal Bolkiah dulu & telah menjadi lipatan sejarah. Mengikut laporan media cetak Vjeran Simunic (ketua jurulatih) kita memberikan tugas pertahanan kpd Rosmin Hj Kamis (ketua pasukan), Hj Subhi Abdillah & Sairol Hj Sahri. Namun kpd sesiapa yg mengikuti perkembangan bola sepak di Brunei perkembangan ini bukanlah perkara baru kerana Rosmin memang seorg pemain yg 'versatile' & Sairol pula adalah asalnya pemain pertahanan kiri sebelum diubah menjadi midfield kiri oleh Ranko Buketa, sementara Hj Subhi walaupun asalnya pemain midfield tengah, ketika Iordan Stoykov mengamalkan formasi 4-4-2, posisi pertahanan kanan memang milik Hj Subhi. Sebenarnya Simunic memiliki dua org lagi pemain pertahanan 'jati' iaitu Shuhaimi Yusof & Safari Wahit, saya tidak tahu lebih lanjut kenapa Simunic tidak mempergunakan kedua2 pemain pertahanan ini, mungkin beliau ada sebab2 tertentu.

DPMM FC mesti menang baki semua perlawanan sebelum berakhirnya liga ini termasuk pd 29 Sept 2009 nanti menentang Tampines Rovers di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Perlawanan itu penting demi menjaga maruah memandangkan gelaran juara liga hampir mustahil kerana SAF FC semakin jauh di hadapan & kempen dlm S'pore Cup juga sudah berakhir.

Kini DPMM FC mengekalkan kempen dgn satu hasrat itu menduduki tempat terbaik dlm liga sama ada kedua atau ketiga. Dgn pemain2 yg ada tidak mustahil ianya dpt dicapai cuma prestasi semasa mesti ditingkatkan di samping tuah akan menyebelahi DPMM FC spt di awal2 musim & dlm kempen Piala Liga tempoh hari.

Kesimpulan; pihak penganjur & peminat di Singapura sebenarnya dlm keadaan 'terkejut' apabila DPMM FC bermula dgn baik dlm Liga S, di tambah lagi menjuarai pula Piala Liga (menjadi kelab luar pertama muncul juara). Mereka mula rasa tercabar oleh prestasi yg ditunjukkan oleh DPMM FC. Beberapa pemain dilihat sebagai antara yg terbaik dlm liga iaitu Rene Komar, Pg Sallehuddin, Ivan Jerkovic, Abdel Hamid Berguiga & tidak terkecuali Wardun Yussof. Maka kini kehadiran DPMM FC dlm setiap perlawanan tidak lagi dipandang sebelah mata. Syabas DPMM FC! Utk musim depan jika DPMM FC kekal beraksi dlm Liga S, pihak pengurusan mestilah lebih teliti dlm memilih pemain (termasuk tempatan).

Prof: Berkongsi pendapat dgn rakan2 media, pemerhati & bekas2 pemain kebangsaan bahawa Liga S kekurangan bintang; sama ada pemain serantau ataupun import menjadikan mutu liga tersebut turut dipersoalkan.

Tiada ulasan: