Russia muncul sebagai negara tuan rumah Piala Dunia 2018 setelah menewaskan bebarapa negara lain seperti England, Amerika Syarikat & Portugal/Sepanyol dalam pemilihan oleh ahli-ahli FIFA pada 2 Dis 2010 di Zurich, Switzerland.
Qatar pula menjadi negara Arab pertama dan negara Asia ketiga (selepas Jepun/Korea pada 2002) menjadi tuan rumah kejohanan paling berprestij itu. Qatar muncul pemenang setelah mengenepikan beberapa buah negara Asia yang lain seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan.
Jika dilihat kepada pemilihan tersebut maka ahli-ahli FIFA yang layak mengundi nampaknya memberi kesempatan kepada negara-negara yang belum pernah menjadi tuan rumah di samping memberi giliran dari benua ke benua. Russia dan Qatar belum pernah menjadi tuan rumah. Manakala 2018 memang sudah menjadi giliran benua Eropah dan 2022 jika mengikut pengiliran maka tiba untuk benua Asia pula.
Dapat dilihat juga undi 2022 memihak kepada Qatar yang mana memiliki Presiden AFC dari negara yang sama, Mohammad bin Hammam. Qatar sudah pasti mendapat undi penuh dari negara-negara Arab di samping beberapa buah negara Asia serta Afrika. Apapun, keputusan sudah dibuat dan selepas Brazil (2014) kita akan berkunjung ke Russia (2018) dan Qatar (2022).
Prof: Piala Dunia sentiasa memberi kenangan indah kepada saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan