Penantian 14 tahun untuk bergelar 'Raja Asia Tenggara' akhir berjaya dikecapi oleh Malaysia apabila berjaya menewaskan musuh tradisi Indonesia dengan jaringan agrigate 4-2 (menang 3-0 di Kuala Lumpur dan tewas 1-2 di Jakarta). Dalam edisi pertama kejohanan itu Malaysia tewas tipis 1-0 kepada Thailand pada tahun 1996 di Stadium Nasional, Singapura.
Lebih manis lagi kali ini, penyerang skuad 'Harimau Malaya' iaitu Mohd Safee Sali muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol dan seterusnya menerima Anugerah Kasut Emas AFF Suzuki Cup 2010. Tiga dari gol-gol Safee dijaringkan dalam perlawanan akhir iaitu 2 gol dalam perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur dan 1 gol malam tadi di Stadium Gelora Bung Karno, Istora Senayan, Jakarta.
Seperti yang saya nyatakan dalam posting sebelum ini, pertembungan antara Malaysia dan Indonesia juga merupakan satu menifestasi dua konsep liga negara masing-masing. Liga Malaysia tidak memiliki pemain-pemain import sejak tiga musim lalu manakala Liga Indonesia pula adalah liga yang paling ramai pemain import (sesebuah kelab boleh menyenaraikan 5 orang pemain import dalam kesebelasan utama).
Akhirnya, Liga Malaysia membuktikan mereka lebih berjaya. Formula melawan arus ini pada mulanya mendapat tentangan dan pandangan sini dari pelbagai pihak. Ramai menganggap FAM mengambil langkah ke belakang. Tetapi FAM mempunyai alasan mereka sendiri. Sudah pasti FAM telah menjalankan kajian terpeinci sebelum mengambil keputusan tersebut. Yang pasti 'playing time' yang maksima yang diperolehi oleh pemain-pemain mereka membuahkan hasil berbanding peluang bermain yang terhad jika terdapat pemain-pemain import. Saya kira langkah FAM tersebut menyumbang sedikit sebanyak kepada kejayaan mereka malam tadi.
Selain itu jawapan yang sebenar adalah 'pembangunan berterusan'. Rata-rata skuad 'Harimau Malaya' ini dibarisi oleh pemain-pemain berusia 20 ke 24 tahun dan sebahagian besar daripada mereka adalah dari skuad 'Harimau Muda' yang dibimbing oleh jurulatihnya K. Rajagopal sejak lebih 5 tahun lalu. Perlu diingat skuad tersebutlah yang bertanding dalam dua edisi Hassanal Bolkiah Trophy dalam usia 17 & 19 tahun (HBT dikhususkan untuk pemain-pemain berusia bawah 21 tahun).
Kini pemain-pemain tersebut adalah pemain skuad senior. FAM telah mewujudkan dua buah pasukan 'Harimau Muda' yang dihantar utuk menyertai latihan berpanjangan di luar negara. Nampaknya FAM berjaya dalam projek pembangunan mereka untuk menjadi jaguh serantau, cuma saya ingin melihat bagaimana bentuk rupa projek pembangunan untuk menjadi jaguh Asia pula dan mungkin melihat beberapa pemain Malaysia atau dari rantau Asia Tenggara ini beraksi di liga-liga Eropah.
Bagaimana dengan Brunei DS? Tepuk dada tanya selera.
Prof: Tanya FAM berapa jumlah wang yang telah dilaburkan? Sudah pasti bukan dengan budget $80 ribu setahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan