
Secara matematik kita melihat kelebihan 3 gol itu nampak selesa. Akan tetapi perlawanan masih ada 90 minit. Jika mengikut matematik juga Indonesia masih mampu untuk menjaringkan lebih dari 3 gol untuk mencapai kemenangan di laman sendiri. Apapun, kesemuanya terpulang kepada pemain-pemain kedua pasukan dalam perlawanan akhir pusingan kedua nanti yang akan berlangsung pada 29 Disember 2010 (Rabu).

Satu lagi fakta yang menarik mengenai perlawanan akhir ini ialah pertembungan antara dua liga yang bertentangan konsep. M League tidak mempunyai walau seorang pemain import manakala Liga Indonesia pula dibanjiri oleh ramai pemain-pemain import. Langkah Malaysia dilihat sebagai tindakan menongkah arus kerana kesemua liga professional di serata dunia membenarkan kelab/pasukan mereka memiliki pemain import. Berlainan dengan Malaysia yang mengharamkan kelibat pemain import sejak 3 tahun yang lalu.
Buat masa ini nampaknya keputusan memihak kepada Malaysia kerana sejak larangan tersebut pasukan Malaysia agak berjaya di persada antarabangsa. Antaranya ialah memenangi pingat emas Sukan SEA Laos 2009 dan memasuki pusingan kedua Sukan Asia Guanghzou 2010 disamping skuad bawah 21 tahun menewaskan Korea Selatan 1-0 serta turut beraksi baik dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa.
Jika dilihat dari corak persembahan pemain-pemain Malaysia memang tidak ketinggalan malah berada ditahap agak tinggi berbanding musuh-musuh tradisi mereka termasuk Indonesia, Thailand, Singapura dan Vietnam. Situasi ini amat menarik dan ingin dilihat dengan lebih teliti dan mendalam lagi.
Prof: Pada peringkat awal saya sendiri amat skeptikal atas keputusan FAM mengharamkan pemain import. Nampaknya saya terpaksa 'berkampung' di Wisma FAM seperti tahun-tahun 80'an dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan