Rabu, 9 Jun 2010

KUMPULAN F

SLOVAKIA
Kemunculan pertama sebagai sebuah negara sendiri di Piala Dunia. Dianggap pasukan lemah dlm kumpulan ini, tetapi layak dgn mengenepikan Poland, Republik Cezh & Ireland Utara tidak boleh dipandang remeh. Dua bintang yg menjadi tulang belakang ialah Martin Skertel (Liverpool) & Marek Hamsik (Napoli). Jika berjaya menewaskan Paraguay maka Slovakia akan terus membuat kejutan.
Prof: Tempat ketiga kumpulan ini.

PARAGUAY
Antara pasukan awal yg layak dari zon Amerika Selatan. Prestasi mereka sedang berada di puncak. Boleh menewaskan mana2 pasukan dgn corak permainan menyerang. Roque Santa Cruz mengepalai pasukan di samping rakan2 yg lain. Bakal mudah menewaskan New Zealand & Slovakia & tidak menghadapi masalah layak ke pusingan kedua.
Prof: Tempat kedua kumpulan di belakang Itali.

NEW ZEALAND
Juara Ocenia ini muncul buat kali kedua selepas 1982. Skuad yg dipanggil 'All White' ini dijangka menjadi 'whipping boy' dlm kumpulan ini. Ryan Nelsen (Blackburn Rovers) sebagai ketua pasukan & tonggak pertahanan, manakala lain2 pemain tidak nampak keistimewaannya.
Prof: Akan menghuni tangga tercorot.

ITALI
Juara bertahan Piala Dunia & Marcello Lippi kembali menyelamatkan skuad 'Azurri' ini setelah gagal menyinar dlm Euro 2008 di bawah kendalian Roberto Donadoni. Mengenepikan Alesandro Del Piero, Luca Toni & Francesco Totti di bhgn serangan & menyandarkan harapan kpd Vicento Iaquinta, Alberto Gilardino & Antonio Di Natale. Fabio Cannavaro masih menjadi ketua pasukan & pertahanan tengah serta berhasrat mencipta rekod menjadi pemain pertama menjulang Piala Dunia sebagai ketua pasukan dua kali berturut2.
Prof: Mudah menjuarai kumpulan.

Tiada ulasan: