Prof: Sukar utk layak ke pusingan kedua memandangkan kumpulan ini turut dianggotai oleh 'master of football' German, Serbia & Ghana.
Antara pasukan yg bermain cantik & memikat di pusingan akhir 2006 hingga layak ke suku akhir. Sebahagian besar pemain 2006 masih menjadi tonggak. Kekuatan mereka adalah ketahanan fizikal & skil serta diadun dgn pengalaman. Sungguhpun kehilangan ketua pasukan Michael Essien kerana cedera namun masih ramai pemain yg mampu bermain baik spt John Pantsil, John Mensah, Stephen Appiah, Sulley Ali Muntari, Kevin-Prince Boateng, Dominic Adiyiah & Asamoah Gyan.
Prof: Boleh mara ke pusingan kedua menemani Germany.
Salah satu kejutan dari benua Eropah. Layak buat pertama kali sebagai sebuah negara (sebelum ini berada di dlm persekutuan Yoguslavia). Banyak bergantung kpd pemain2 yg beraksi bersama kelab2 ternama Eropah umpamanya Nemenja Vidic (Man Utd), Branislav Ivanovic (Chelsea) & Nikola Zigic (Valencia). Jika gagal menewaskan Ghana maka peluang Serbia utk mara ke pusingan kedua malap.
Prof: Gagal ke pusingan kedua.
Kuasa besar dunia dlm bola sepak. Setiap edisi pusingan akhir Piala Dunia German pasti mampu pergi jauh sekurang2nya di suku akhir. Mengalamai nasib serupa dgn Ghana, kehilangan ketua pasukan Michel Ballack akibat kecederaan. Namun German umpama kilang yg sentiasa menghasilkan pemain2 muda berbakat utk di ketengahkan. Philip Lahm mengambil-alih tugas Ballack serta bersama2 pemain lain spt Bastian Schweinstieger, Marcell Jensen, Per Mertesacker, Miroslav Klose & Lukas Podolski mengemudi jentera German, Manakal pemain2 muda yg bakal menyinar pula ialah Cacau, Mario Gomes & Thomas Mueller.
Prof: Mudah menjadi juara kumpulan & mungkin juara edisi kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan