Prof: Mudah menjuarai kumpulan ini. Jika nasib menyebelahi England mampu ke final.
Tim Howard (Everton), London Donovan (LA Galaxy), Clint Dampsey (Fulham), Jonathan Spector (West Ham), Jozy Altidore (Villareal) & Jose Bocanegra (Rennes) adalah tulang belakang pasukan 'Uncle Sam' ini. Bob Bradley yg menjadi peneraju nampak berjaya menggabung bakat2 yg bermain di Eropah dan MLS. Beberapa tahun kebelakangan ini 'soccer' (sebutan org Amerika) makin bertambah peminatnya, ini semua kerana prestasi pasukan kebangsaan yg sedang meningkat. Tidak mempunyai byk masalah utk mengalahan Slovenia atau Algeria.
Prof: Boleh menemani England utk ke pusingan kedua. Paling jauh boleh ke suku akhir.
Negara2 bekas blok Eropah Timur (komunis) memang handal dlm bola sepak. Negara2 ini sering berjaya di Piala Dunia spt Croatia pd 1998 & Czech Republic pd 2006 dan membuat kejutan. Kali ini bukan shj Slovenia malah Slovakia & Serbia juga layak ke Afrika Selatan. Kemampuan anak buah Matjaz Kek's ini menumpaskan Russia yg dilatih oleh Guus Hiddink dlm perlawanan play-off patut dihormati. Spt biasa pemain2 mereka byk beraksi di serata liga Eropah spt Rene Krhin (Inter Milan), Miliroje Novakovic & Miso Brecko (Cologne) menjadi harapan utk membantu pasukan.
Prof: Jika dpt mengalahkan USA maka Slovenia akan mara ke pusingan kedua.
Dianggap lemah tetapi menewaskan Mesir (Juara Afrika) dlm perlawanan play-off, sesuatu yg mesti difikirkan oleh pasukan2 lawan. Pasukan2 dari Afrika selalunya bermain baik dlm Piala Dunia, mana tahu kali ini milik Algeria? Tambahan pula bermain di benua mereka sendiri memberikan semangat lebih tinggi. Ramai pemain2 mereka beraksi di Eropah spt Nadir Belhadj & Hassan Yebda (Portsmouth), Karim Ziani (Wolfburg), Abelkader Ghezzal (Sienna) dan Mehdi Laen (Racing Santander). Corak permainan aggresif mereka boleh menyekat kehebatan pasukan2 lawan.
Prof: Di atas kertas memang tidak diberikan harapan. Namun faktor nasib kadang2 boleh menukar keadaan 180 darjah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan